web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fosil Cangkerang Di Pusat Beli-Belah Bangkok Disahkan Tulen

Ketua pengarah Jabatan Sumber Mineral Thailand, Poongboon Pongthong berkata sepasukan ahli geologi telah memeriksa fosil itu selepas gambarnya tular di media sosial awal minggu ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 6:14PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Sumber Mineral Thailand mengesahkan fosil amonit (fosil cangkerang berbentuk ling­karan) yang ditemukan tertanam di laluan pejalan kaki berhampiran pusat beli-belah di Bangkok adalah tulen.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah Jabatan Poongboon Pongthong berkata sepasukan ahli geologi telah memeriksa fosil itu selepas gambarnya tular di media sosial awal minggu ini.

Beliau berkata fosil amonit itu terdapat pada lantai terazo.

“Selepas pemeriksaan, ahli geologi mendapati fosil amonit itu tulen. Pasukan itu menemukan sejumlah 77 keping fosil dalam pelbagai saiz, antara dua hingga 12 sentimeter, bertaburan di sepanjang 400 meter laluan pejalan kaki di Siam Square 7,” katanya.

Beliau berkata fosil amonit yang berusia sehingga ratusan juta tahun itu dari sumber pelbagai negara tetapi kebanyakannya dari Madagascar.

Fosil itu dipercayai diletakkan oleh kontraktor yang diupah oleh Universiti Chulalongkorn pada 2020 ketika proses mengubah suai laluan pejalan kaki.

“Mereka mungkin tidak tahu asal usul fosil yang digunakan untuk hiasan itu,” katanya.

Sementara itu, pakar kanan pengurusan sumber mineral, Suwit Kosuwan berkata adalah lumrah untuk menjumpai fosil dalam bahan binaan.

Beliau percaya kontraktor telah membeli fosil itu dalam talian dan menambahnya pada lantai terazo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN