web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna 1,500 Pelita Hasilkan Panjut Masjid Ubudiah

Pertandingan Panjut 2.0 itu bertujuan mengimbau nostalgia serta menghidupkan semula tradisi masyarakat Melayu di daerah Kuala Kangsar yang dahulunya menghiasi kawasan kampung dengan nyalaan lampu pelita.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebanyak 1,500 pelita digunakan bagi menghasilkan reka bentuk panjut Masjid Ubudiah di Simpang Penaga di sini yang menceriakan Bandar Diraja menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, adalah sebuah masjid di Bukit Chandan di sini yang dianggap satu daripada masjid terindah di Malaysia dan simbol kebanggaan masyarakat Muslim di Perak.

Panjut dengan ketinggian lebih sembilan meter (m) dan lebar 14.6m itu dihasilkan oleh 40 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dalam tempoh hanya seminggu.

Menurut kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Mohd Termizi Mohd Yassin, penghasilan reka bentuk panjut itu memperoleh kerjasama padu antara kedua-dua pihak bagi menjayakan Pertandingan Panjut 2022 antara kampung bagi peringkat Parlimen Kuala Kangsar.

"Kedua-dua jabatan memberi kerjasama cukup baik semasa menyiapkan panjut ini walaupun agak mencabar ketika sedang berpuasa pada waktu siang termasuk ketika proses menyalakan ribuan semua pelita pada malam ini.

"Kami amat teruja kerana reka bentuk yang dihasilkan amat indah walaupun terpaksa menjimatkan penggunaan minyak selain sudah lama Bandar Diraja ini tidak dimeriahkan dengan aktiviti panjut sebegini," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran pertandingan itu di sini malam tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid berkata Pertandingan Panjut 2.0 itu bertujuan mengimbau nostalgia serta menghidupkan semula tradisi masyarakat Melayu di daerah Kuala Kangsar yang dahulunya menghiasi kawasan kampung dengan nyalaan lampu pelita.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu berkata beliau mengambil keputusan mengadakan pertandingan berkenaan bermula tahun lepas secara besar-besaran membabitkan seluruh penduduk kampung berikutan tradisi berkenaan dilihat semakin pupus dan mungkin dilupakan.

"Ini adalah tahun kedua Pertandingan Panjut diadakan oleh Pejabat Parlimen Kuala Kangsar dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar dan Persatuan Muafakat Anak Jati Kuala Kangsar (GEMUDA) yang menyaksikan sebanyak 14 buah kampung bertanding pada tahun ini.

"Penduduk kampung akan mempamerkan bakat, warna dan kasih sayang mereka melibatkan semua peringkat umur.

"Selain itu, dengan adanya pertandingan seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung dan pada masa sama akan mempamerkan keunikan yang ada di Kuala Kangsar. Tradisi seperti ini perlu terus dilaksanakan sampai bila-bila," katanya.

Hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM15,000 turut disediakan kepada pemenang yang mana Johan akan menerima sebanyak RM5,000, naib johan (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000), tempat keempat (RM1,000) dan tempat kelima hingga 12 (RM500).

Setiap penyertaan turut diberikan sijil penghargaan dan syarat penyertaan adalah terbuka kepada seluruh kampung dalam Parlimen Kuala Kangsar serta lokasi tapak panjut mestilah di kawasan lapang dan di laluan utama dengan mengambil kira faktor keselamatan dan penjarakan.

Keputusan pertandingan akan dipaparkan melalui laman Facebook rasmi Pejabat Parlimen Kuala Kangsar pada 7 Mei ini. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 3 tahun yang lalu

Himpunan Laksa Pelbagai Negeri, 'Hantu Laksa' Serbu Pesta Laksa Kuale

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Saarani Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Ke-15

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

Kafe Hipster Tidak Lenyapkan Kedai Kopi Dan Roti Antik Di Kuala Kangsar

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Suspek Amuk Serang Bapa Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN