web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jabatan Warisan Negara Sedia Bantu Warta Rumah Tiang 12 Sebagai Bangunan Warisan

Bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan, ia perlu melalui beberapa proses antaranya pemilik rumah perlu membuat pencalonan atau dokumentasi rumah tradisional Kelantan miliknya itu kepada JWN.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 2:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Warisan Negara (JWN) bersedia untuk membantu Johan Ariff Ismail, pemilik rumah tradisional Kelantan, Rumah Tiang 12 yang dianggarkan berusia lebih seratus tahun untuk diwartakan sebagai bangunan warisan.

Pengarah JWN Zon Timur Mohd Shukri Mohd Isa berkata bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan, ia perlu melalui beberapa proses antaranya Johan Ariff, 52, sebagai pemilik rumah perlu membuat pencalonan atau dokumentasi rumah tradisional Kelantan miliknya itu kepada JWN.

Beliau berkata pencalonan yang mempunyai signifikan keasliannya dan menyumbang kepada sejarah budaya boleh dipertimbangkan untuk dinilai selain perlu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri kerana ia melibatkan pemilikan tanah dan proses lazimnya mengambil masa tiga hingga empat tahun.

“Oleh kerana Rumah Tiang 12 bilangannya semakin mengecil, kita (JWN) boleh angkat rumah milik Johan Ariff menjadi bangunan warisan tetapi ia perlu bermula daripada pemilik itu sendiri, dan insya-Allah selepas Hari Raya (bulan Mei ini) kami rancang berjumpa dengan beliau bagi berbincang mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Bernama semalam melaporkan Johan Ariff yang juga seorang jurugambar memasang semula Rumah Tiang 12 yang dinamakan sebagai Sri Getam Guri di Kampung Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan daripada hampir roboh dan pupus selepas membeli rumah kayu tersebut daripada generasi pemilik asalnya.

Keunikan seni bina Rumah Tiang 12 adalah kerana strukturnya dibuat daripada kayu cengal menggunakan pasak tanpa sebarang paku dan mempunyai 12 tiang kayu tidak dipotong dan dipasang dalam tanah sehingga puncak siling rumah.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata impak positif apabila diwartakan ialah ia dapat memulihara bangunan itu daripada mudah diroboh dan memberikan pulangan ekonomi kepada pemilik dan juga kerajaan negeri dengan kehadiran pelancong ke rumah tradisional itu.

“Apabila kita wartakan ia memberi nilai tambah kepada bangunan itu, pengunjung akan pergi ke Rumah Tiang 12 kerana ia telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia, begitu juga ia boleh dibuat bersifat komersial, contohnya sekiranya ada shooting (penggambaran), tiket bayaran boleh dikenakan dan pulangan itu kepada pemiliknya,” kata beliau.

Sementara itu, mantan Pengarah Muzium Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) Dr Muhammad Pauzi Abd Latif berkata usaha menyelamatkan rumah tradisional Melayu perlu dilakukan kerana teknologi pembuatan rumah dahulu kala tidak menggunakan paku dan pengudaraan semula jadi tidak lagi dibuat pada zaman sekarang.

“Cabaran memartabatkan rumah tradisional Melayu zaman sekarang mencabar kerana kita tiada kearifan tempatan bagi meneruskannya. Kita tiada institusi khas yang dapat melahirkan tukang-tukang kayu mahir, jadi lama kelamaan warisan itu akan pupus.

“Jadi usaha menyelamat perlu dilakukan dan dalam masa sama kita perlu wujudkan institusi yang dapat melahirkan tukang kayu profesional, bukan setakat teori atau kajian semata-mata di universiti,” katanya yang sudah terlibat dengan 20 projek pemuliharaan rumah tradisional Melayu. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mentega Terbang Dilarang Tayang Seluruh Negara

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

LGBTQ+ Pada Koleksi Swatch, KDN Warta Larangan Penerbitan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Segera Wartakan Cuti Umum Mengundi, Elak Syarikat Nafikan Hak Pekerja - MTUC

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN