Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Xi'an, China Buka Dua Muzium Utama, Perkukuh Peranan Sebagai "Bandar Raya Muzium"

Xi'an mempunyai 134 muzium berdaftar, yang meliputi lebih daripada 40 jenis seperti sejarah, seni dan sains semula jadi.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2022 5:15PM

Sebuah mural makam dinasti Yuan di Muzium Arkeologi Shaanxi. - Gambar asianetnews.net

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzium Arkeologi Shaanxi, muzium arkeologi pertama di China, baru-baru ini telah disiapkan di Xi'an dan akan dibuka kepada orang ramai secara percubaan bermula 28 April.

Sebelum itu, Muzium Xi'an juga telah secara rasminya memperkenalkan “wajah baharu” mereka selepas lima bulan menjalani kerja menaik taraf dan pengubahsuaian.

Upacara memperkenalkan secara rasmi kedua-dua muzium utama ini pada bulan ini menyumbang lagi kepada imej Xi'an sebagai sebuah Bandar raya Muzium.

Muzium merupakan sebahagian daripada identiti kebudayaan bagi sesebuah bandar raya dan sebuah tempat bagi orang ramai untuk merasai sejarah, memahami masa kini dan meneroka masa depan.

Muzium Xian. - Gambar Flickr
Muzium Xian. - Gambar Flickr

Xi'an, China, telah berusaha keras untuk menjadikan dirinya menjadi sebuah Bandar raya Muzium, dengan memberi tumpuan untuk mengubah kelebihannya di dalam sumber warisan kebudayaan, membangunkan budaya bandar di dalam gaya Xi'an, dan menonjolkan daya tarikan mereka yang unik sebagai sebuah ibu kota purba seribu tahun lalu.

Jawatankuasa Perbandaran Parti Xi'an dan Kerajaan Perbandaran telah mencadangkan untuk melindungi khazanah kebudayaan bandar raya itu, membangunkan nilai kebudayaan bandar raya itu, dan menjadikan budaya sebagai jambatan di antara Xi'an dan dunia luar.

Terletak di Daerah Chang'an, Bandar raya Xi'an, Muzium Arkeologi Shaanxi yang akan datang itu adalah sebuah muzium yang memberi tumpuan kepada pembangunan arkeologi sebagai satu disiplin, dan memaparkan proses kerja, teknik dan idea penyelidikan arkeologi.

Muzium itu mempunyai sebuah kawasan pameran dalaman seluas 5,800 meter persegi dan sebuah kawasan pameran luaran seluas 10,000 meter persegi, dengan mempunyai 5,215 bahan peninggalan kebudayaan dalam 4,218 kumpulan yang dipamerkan.

Muzium itu mempunyai beberapa pameran yang telah dipulihkan untuk dilindungi dengan konsep baharu dan teknologi termaju.

Muzium Pahlawan Terracotta juga terletak di Xi'an. - Gambar Wikipedia
Muzium Pahlawan Terracotta juga terletak di Xi'an. - Gambar Wikipedia

Pameran itu termasuk sebuah patung pemandu unta semasa Dinasti Tang yang masih utuh selepas beribu-ribu tahun, dan tempat berhenti bagi kuda dan kereta kuda pada Dinasti Zhou Barat serta makam fresco Dinasti Yuan yang telah dipindahkan ke dalam muzium itu sebagai “pakej” secara keseluruhan.

Terletak di selatan Bandar raya Xi'an, Muzium Xi'an itu terdiri daripada tiga bahagian: Pagoda Angsa Liar Kecil Tang (Pagoda Xiaoyan), kompleks seni bina purba bagi Tokong Jianfu dan kawasan muzium.

Ia adalah sebuah muzium sejarah moden yang mengintegrasikan muzium, tapak-tapak bersejarah dan taman. Pada awal April, Muzium Xi'an yang telah diubah suai dan dinaik taraf mengalu-alukan pengunjung mereka dengan satu “wajah baharu”.

Lebih 1,100 keping (kumpulan) peninggalan budaya daripada koleksi itu telah dipaparkan di dewan pameran seluas 1,300 meter persegi itu.

Antaranya, lebih 100 keping (kumpulan) akan dipersembahkan kepada umum buat pertama kali sebagai barang pameran tetap bagi muzium itu, termasuk perhiasan harimau emas daripada Zaman Negeri-negeri Berperang, penindih kertas gangsa patung opera dari Dinasti Han dan patung infantri yang dilukis, menunjukkan dengan lebih baik warisan sejarah dan kebudayaan bagi ibu kota purba Xi'an.

Dengan sejarah sebuah bandar raya selama 3,100 tahun, Xi'an, bersama-sama dengan Kaherah, Athens dan Rome, dikenali sebagai satu daripada “Empat Ibu Kota Sejarah Purba”.

Hari ini, masa beribu-ribu tahun dan jejak sejarah tertumpu di muzium-muzium dari semua saiz di Xi'an. Xi'an mempunyai sebanyak 134 muzium berdaftar, yang meliputi lebih daripada 40 jenis seperti sejarah, seni dan sains semula jadi.

Pelan Keseluruhan bagi Pembinaan Bandar raya Muzium di Xi'an yang dikeluarkan pada tahun 2019 menyediakan rangka kerja ruang untuk pembinaan Bandar raya Muzium di Xi'an, menjadikan Xi'an benar-benar sebuah “muzium sejarah harian” yang boleh didengari pada bila-bila masa, dilihat di mana-mana sahaja dan diperkatakan secara rawak.

Selain pengumpulan, penyelidikan dan paparan, muzium di Xi'an sedang meneroka peluang-peluang baharu bagi pendidikan, komunikasi dan juga waktu senggang.

Xi'an telah menyepadukan sumber muzium dan memperluaskan peranan muzium sebagai “sekolah” agar muzium dapat menyepadukan dengan lebih baik dan memberi perkhidmatan kepada orang awam.

Bergantung kepada perkembangan pesat muzium digital dan menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19, Muzium Xi'an telah membawa koleksi mereka ke “awan”, memberi syarahan melalui penstriman langsung, dan mengadakan konsert untuk orang ramai.

Pengalaman muzium di mana-mana dalam bentuk baharu ini menjadikan muzium klasik dan serius boleh diakses oleh lebih ramai orang biasa. - Bernama

Sumber: Jawatankuasa Perbandaran Parti Xi'an dan Kerajaan Perbandaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 9 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 13 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis