web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Batik Dan Songket Terengganu Kembali Bernafas Menjelang Aidilfitri

Usahawan batik dan songket Terengganu kembali menarik nafas lega susulan pelaksanaan fasa peralihan ke endemik.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 1:47PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan batik dan songket Terengganu kembali menarik nafas lega susulan pelaksanaan fasa peralihan ke endemik yang secara langsung telah meningkatkan tempahan produk mereka, terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Norazizah Kasim, 43, yang mengusahakan batik berkata beliau tidak menang tangan melayan pelanggan yang menempah baju kurung, blaus, seluar palazo, tudung, baju kelawar dan jubah keluaran syarikatnya.

"Alhamdulillah setelah dua tahun suram, jualan kini pulih seperti biasa dan batik tetap menjadi pilihan untuk digayakan pada Aidilfitri nanti, dengan motif lebih menarik, elegan dan eksklusif yang berjaya memikat perhatian pelanggan termasuk orang muda.

"Sejak awal Ramadan saya mula dapat tempahan pelanggan yang mahukan batik menggunakan teknik ikat celup atau tie dye kerana ia tidak lapuk ditelan zaman dan rekaannya pula saya berikan sentuhan eksklusif agar sesuai digayakan di mana sahaja pada bila-bila masa," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi usahawan, Mohd Shawal Awi, 37, berkata batik daripada kain kapas terus menjadi pilihan utama orang ramai pada tahun ini kerana ia adalah trend semasa dan pemakaiannya juga lebih selesa.

"Berbeza dengan tahun 2020 dan 2021, kami tidak banyak menghasilkan batik baharu kerana permintaan turun mendadak kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu. 

"Namun, kali ini banyak sangat tempahan daripada peniaga batik kecil-kecilan hingga tiga pekerja kami terpaksa bekerja lebih masa sejak dua bulan lepas untuk memastikan stok menjelang Aidilfitri mencukupi," katanya yang memfokuskan pengeluaran kemeja dan blaus.

Sementara itu, Che Mustaffa Che Ibrahim, 71, pula berkata jualan songket pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan peningkatan hampir 70 peratus berbanding Ramadan tahun lepas.

"Songket yang kami jual adalah buatan tangan yang ditenun anak Terengganu dengan rekaan corak yang sangat eksklusif dan setakat ini telah terjual hampir 200 helai.

"Ramai bakal pengantin, tokoh korporat, pesara kerajaan dan usahawan yang berkunjung ke pusat jualan dan pameran kami untuk membeli songket baharu pada tahun ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN