web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 2 Tahun Tangguh, Anugerah Telenovela Kembali Dengan 106 Pencalonan

Ada beberapa aspek penjurian yang diketengahkan tahun ini. Ia termasuk konsep dan jalan cerita drama yang bukan sahaja menyentuh malah mempromosikan budaya masyarakat Malaysia.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun ditangguhkan akibat pandemik, Anugerah Telenovela kembali pada tahun ini dengan 106 pencalonan drama yang diadaptasi daripada buku bermula pada tahun 2020. 

Mempertandinglan 30 kategori untuk edisi kali ini, Anugerah Telenovela sejajar dengan misi untuk mengiktiraf sumbangan penulis, penerbit, warga buku dan lakon layar tanah air dalam merancakkan lagi industri kreatif tanah air.

“Tahun ini kita mempunyai 106 pencalonan drama yang pernah ditayangkan sejak tahun 2020. Kita masih mengekalkan beberapa anugerah utama seperti telenovela, skrip, pelakon dan stesen penyiaran terbaik. Kategori ini akan ditentukan oleh panel juri khas.

“Namun begitu, peminat boleh mengambil bahagian menentukan siapakah pemenang bagi kategori popular melalui proses undian di laman web Anugerah Telenovela,” kata Pengerusi Anugerah Telenovela 2022, Dr Hasan Hamzah.

Pihak penganjur memberikan masa tiga bulan untuk proses pengundian berlangsung namun masih belum ada tarikh muktamad yang ditetapkan untuk anugerah ini. 

Ada beberapa aspek yang diketengahkan semasa penjurian pada tahun ini. Ia termasuklah konsep dan jalan cerita drama yang bukan sahaja menyentuh malah mempromosikan budaya masyarakat Malaysia.

“Jika kita lihat kejayaan Korea Selatan, mereka mengetengahkan aspek budaya dalam drama mereka. Maka, kriteria yang sama juga kita utamakan jika kita hendak membawa drama kita ke luar negara.

“Bukan itu sahaja, drama ini juga mestilah karya asli dan tidak mengandungi unsur ciplak daripada karya lain,” kata Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia, Ahmad Ibrahim yang juga merupakan salah seorang juri untuk anugerah kali ini.

Anugerah Telenovela 2022 tahun ini merupakan edisi kelapan dianjurkan. Tahun ini, mereka mendapat tajaan daripada syarikat kosmetik Yuela Gold. Namun begitu, sekiranya anugerah ini ingin disiarkan secara langsung, penganjur mestilah mempunyai sekurang-kurangnya RM3.5 juta. 

Terdahulu, Anugerah Telenovela merupakan salah satu kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Buku Negara pada tahun 2005. 

Namun begitu, semenjak tahun 2015, Anugerah Telenovela diasingkan dan berlangsung secara berlainan. - Getaran, 31 Mac 2022

Gambar: Instagram Anugerah Telenovela

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN