Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Artecationista : Eksperimen 5 Wanita Melalui Seni Visual Pointilisme

Pointilisme merujuk kepada teknik lukisan menggunakan titik-titik halus pelbagai warna yang membentuk objek gambaran si pelukis.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencuba sesuatu berbeza dalam bidang kerjaya memerlukan satu keberanian, apatah lagi jika seseorang itu sudah berpuluh-puluh tahun terlibat dalam bidang yang sama.

Keberanian inilah ditunjukkan Mimi Salleh, Norsa’adah Ahmad, Haryanti (Yan) Yahya dan Zalila Isa, masing-masing sudah mencipta nama dalam bidang penulisan dan industri perbukuan negara, dan kini mula berjinak-jinak dalam bidang seni visual.

Atas bimbingan Emila Yusof yang merupakan pelukis berpengalaman luas dalam bidang seni halus dan ilustrasi buku, keempat-empat wanita itu berusaha menghasilkan karya lukisan menggunakan teknik pointilisme bermula tahun lepas.

Pointilisme merujuk kepada teknik lukisan menggunakan titik-titik halus pelbagai warna yang membentuk objek gambaran si pelukis.

Emila sendiri mula mendalami seni pointillisme selepas terinspirasi dengan karya pelukis Perancis kurun ke-19 Paul Signac yang dipamerkan di Muzium Albertina ketika melawat Vienna pada 2019.

Emila, 53, ketika ditemui baru-baru ini berkata bergabung di bawah nama Artecationista, lebih 50 hasil karya mereka akan dipamerkan dalam Pameran Pointilisme Alam pada 1 hingga 22 April di pusat gaya hidup kreatif GMBB di Bukit Bintang di sini, anjuran Muzium Buku Bergambar Malaysia.

Bagi Norsa’adah, 43, yang merupakan seorang daripada pemilik syarikat penerbitan buku indie, pada awalnya beliau agak sangsi dengan kebolehannya untuk melukis, namun dengan bantuan Emila sebagai mentor dan tiga rakan lain, beliau mengakui ia adalah pengalaman menyeronokkan yang membantunya menyedari potensi diri.

Bagi Mimi, 48, yang sememangnya sudah dikenali sebagai penulis buku bergambar kanak-kanak dan artikel seni, usaha terbaharu beliau itu membantunya melihat sesuatu subjek dari sudut yang lebih luas dan kejayaan menghasilkan pelbagai karya menggunakan teknik ini, memberikan beliau lonjakan keyakinan.

“(Menghasilkan karya) pointilisme ini membuatkan saya belajar lebih sabar kerana untuk menyiapkan lapisan warna itu memakan masa, kadangkala berhari-hari, namun saya puas apabila dapat melihat hasilnya,” kata Yan, 43, yang memulakan kerjaya sebagai jurutera sebelum beralih menceburi bidang penterjemahan.  

Zalila, 44, yang bertugas sebagai editor pula berpendapat, peluang untuk berkolaborasi dengan Emila yang merupakan pelukis kegemarannya itu, pastinya tidak patut dilepaskan, dan atas tunjuk ajar Emila, beliau berusaha untuk mendalami teknik lukisan pointilisme ini.

“Melukis bukan sekadar merakam apa yang dilihat dan difikirkan dalam bentuk lukisan tetapi juga mengubah persepsi saya kepada alam (khususnya). (Saya) lebih teliti melihat pokok, daun dan rantingnya, warna hijau yang pelbagai, dan banyak lagi,” katanya.

Gambar: Bernama / Emila Yusof
Gambar: Bernama / Emila Yusof

Apabila ditanya matlamat yang cuba dicapai melalui penganjuran pameran ini, Emila berkata ia bagi menjentik idea kepada orang ramai bahawa sesiapa sahaja boleh menghasilkan seni, sama ada mereka mempunyai latar belakang seni atau tidak, dengan syarat mereka meletakkan hati dan minda untuk menghasilkannya.

“Dan dengan melatih diri setiap hari, mereka mampu mencipta karya agung yang sebelum ini tak sangka boleh dihasilkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar