web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Rasmi Galeri Songket Dan Keringkam Sarawak

Pada majlis itu, Raja Permaisuri bertitah supaya Sarawak menubuhkan sebuah institut bagi membolehkan anak-anak negeri ini mempelajari seni songket dan keringkam agar kraf itu tidak dilupakan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 12:20PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni penenun Keringkam, Ros Salleh, 58. Gambar: Rushdan Manan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis perasmian Galeri Songkat dan Keringkam di Jalan Masjid ini di sini, hari ini.

Seri Paduka tiba di galeri itu dengan diringi oleh isteri Premier Sarawak yang juga Penaung Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

Raja Permaisuri meluangkan masa selama satu jam di galeri berkenaan bagi melihat sendiri hasil kerja tangan serta keunikan songket dan keringkam yang dihasilkan oleh penenun tempatan.

Pada majlis itu, Tunku Azizah bertitah supaya Sarawak menubuhkan sebuah institut bagi membolehkan anak-anak negeri ini mempelajari seni songket dan keringkam agar kraf itu tidak dilupakan.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datuk Dr Sabariah Putit berkata Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak diterajui Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) bagi membangunkan ekosistem yang bersepadu dan lestari.

Menurut Sabariah, projek itu juga bertujuan untuk meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat selain melindungi, memelihara dan memulihara produk warisan yang bernilai ini.

Katanya, sejak tercetusnya idea kolaborasi Projek Songket Jabatan Penjara oleh Raja Permaisuri pada 2019, OKSHE telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM50,000 untuk memulakan Bengkel Tenun Sarapride Penjara Puncak Borneo.

“Baru-baru ini, Memorandum Perjanjian telah ditandatangani bersama kerajaan Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia pada 26 Jan dan ia merupakan satu mercu tanda dalam usaha sama pembangunan industri songket di Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui Projek Warisan OKSHE Penjara Puncak Borneo kini dalam proses untuk mewujudkan bengkel tenun songket baharu di kawasan seluas 2.5 ekar yang dapat memuatkan sehingga 100 rumah tenun.

Sarawak kini mempunyai seramai 120 penenun songket dan 246 orang lagi adalah penyulam keringkam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN