web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Istana Budaya Perkenal 12 Program Rancakkan 2022!

Istana Budaya sangat signifikan untuk menyelamatkan semula ekonomi sektor pelancongan negara yang sudah mengalami kerugian RM165 bilion pada tahun lalu.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Budaya kembali meriah dengan memperkenalkan 12 program pada tahun ini sebagai usaha untuk bangkit daripada kelesuan akibat pandemik yang melanda dunia dua tahun belakangan ini.

Sebagai sebuah ruang pementasan yang menempatkan banyak karya seni bermutu baik teater, muzik atau tarian, usaha Istana Budaya sangat signifikan untuk menyelamatkan semula ekonomi sektor pelancongan negara yang sudah mengalami kerugian mencecah RM165 bilion pada tahun lalu.

Sebanyak 12 program telah dirancang dengan teliti melibatkan 5 program terbitan Istana Budaya dan produksi luar. Bagi program Istana budaya, antara pementasan yang bakal diadakan ialah Konsert Lagu Rakyat, Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf dan The Carnival of the Animals, Tari Sulur dan Nakasari, Ratu Kuning Langkasuka serta Jula Juli Bintang Tujuh.

Manakala bagi produksi luar, program yang bakal diadakan ialah Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun, Konsert Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab, 5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA), Thunder- Kaleidoscope VI Drum Festival, Muzika Moyang Salleh, Tanjong dan Antara Tiga.

“Penutupan ruang Istana Budaya dalam tempoh masa yang panjang turut membakar semangat kami melaksanakan beberapa program seni dalam tempoh suku keempat tahun lalu secara fizikal kerana seni persembahan perlu disokong dengan kehadiran di depan mata dan tepukan yang bergema di dalam panggung.

“Kami di Istana Budaya sentiasa menjaga dan mewajibkan pengunjung mematuhi SOP demi memastikan pentas Panggung Sari dan Lambang Sari boleh terus digunakan,” kata Mohamad Azlan Abdul Majid yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Istana Budaya.

Bukan itu sahaja, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Hajah Nancy Shukri turut mengumumkan insentif pengecualian cukai 50 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan sehingga tahun 2025.

Beliau berharap insentif ini dapat membantu industri seni persembahan pentas dan memberi dorongan kepada penggiat seni untuk terus bergiat aktif.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Istana Budaya telah menerima 6,000 penonton dan jumlah ini dijangka meningkat pada tahun ini. 

Sehingga kini, Istana Budaya masih menerima permohonan untuk penyewaan ruang Panggung Sari mengikut kesesuaian tarikh yang dipohon penganjur. - Getaran, 24 Mac 2022

Gambar: Istana Budaya

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN