Berita Terkini

12 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Seniman Hargai Sumbangan P. Ramlee, Seniman Negara

Hari Seniman Negara yang disambut hari ini merupakan salah satu landasan untuk memperkukuh peranan seni serta budaya negara.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 6:41PM

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi merasmikan Hari Seniman Negara Negeri Perak 2022. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Seniman Negara yang disambut hari ini sempena tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja bertujuan memperingati jasa dan sumbangan seniman agung tanah air itu, malah merupakan salah satu landasan untuk memperkukuh peranan seni serta budaya.

Di Perak, sambutan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Ipoh dan dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Munawati Yaacob serta Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Perak Hasan Ashaari Abu Bakar.

Nolee Ashilin berkata sambutan itu dapat mewujudkan masyarakat yang memiliki jati diri serta menghargai seni budaya negara tanpa mengira bangsa khususnya ke aras penyatuan Keluarga Malaysia.

"Program hari ini sangat signifikan, kita meraikan penggiat-penggiat seni tempatan yang dilihat adalah seniman dalam bidang masing-masing," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan itu.

Di Pahang, sambutan diadakan di Auditorium Darul Makmur Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, di Kuantan dengan dihadiri ahli Persatuan Pertubuhan Karyawan Seni Pahang, Majlis Seni Mempertahankan Diri Pahang, Anak Kayan, Kumpulan Muzik Asli Gemala Sari dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dalam ucapan perasmiannya berkata seniman memainkan peranan dalam membentuk sahsiah masyarakat terutama dalam dunia serba mencabar ketika ini. 

Di Melaka, sambutan dalam skala kecil sangat bermakna lebih-lebih lagi buat pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, penggiat kebudayaan Peranakan Baba dan Nyonya Tan Chai Eng serta Penggiat Kebudayaan Peranakan Chetti S. T. Rajah Jan, kerana menerima sumbangan daripada Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem. 

Selain itu, Program Ziarah Kasih ke rumah pelakon Roslan Salleh turut dilakukan bagi menghargai sumbangannya terhadap industri seni tanah air.

Terdahulu Ngwe dalam ucapannya berkata penghargaan yang diberikan kepada veteran bertujuan menghargai sumbangan mereka dalam usaha mengangkat seni budaya di Melaka tidak kira di pentas lakonan atau teater.

Di Perlis, seramai 22 seniman diraikan oleh Exco Teknologi Maklumat & Komunikasi negeri Rozieana Ahmad yang turut berharap lebih ramai anak muda berminat menceburi bidang seni yang mempunyai cabang luas termasuk nyanyian, lakonan atau lukisan. 

"Dengan penglibatan anak muda diharap ia dapat meningkatkan lagi industri seni negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Seniman peringkat negeri Perlis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Anak P. Ramlee Terima Sumbangan PM

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 1 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

oleh Wartawan Hiburan Getaran