web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Seniman Negara 22 Mac Sempena Tarikh Kelahiran P. Ramlee

Signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara itu adalah untuk mengangkat karya-karya seniman yang berjaya melahirkan ramai tokoh dan pakar industri kreatif itu.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 9:09AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, bagi memperingati jasa dan sumbangan seniman agung tanah air itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini memaklumkan, signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara itu adalah untuk mengangkat karya-karya seniman yang berjaya melahirkan ramai tokoh dan pakar industri kreatif itu, serta memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

“Cadangan pertukaran tarikh daripada 29 Mei ke 22 Mac tersebut telah diteliti dan pandangan serta maklum balas daripada pelbagai persatuan, pertubuhan berkaitan telah diambil, dan seterusnya mendapat kelulusan Memorandum Jemaah Menteri yang diusulkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM),” katanya.

Selain mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif, Annuar berkata sambutan Hari Seniman Negara bertujuan, meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki jati diri serta menghargai seni budaya negara tanpa mengira bangsa, khususnya ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.

Katanya, KKMM berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan dalam penganjuran Majlis Pelancaran Hari Seniman Negara pada 22 Mac depan.

Ini bagi menghargai sumbangan dan peranan penggiat industri kreatif tanah air, dalam membangun negara menerusi aktiviti seni, kreatif dan budaya, serta usaha kerajaan memartabatkan industri kreatif ke tahap yang lebih cemerlang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak P. Ramlee Terima Sumbangan PM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aksi Biadab Di GVF23 Undang Kemarahan Penggiat Seni, Kesal Ramai Hilang Pendapatan Gara-Gara Festival Dibatalkan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN