Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kain Benang Johor, Corak Muar Berbunga Renek Identiti Negeri

Setiap songket mempunyai identiti tersendiri. Tenunan Johor tidak kurang hebatnya, dengan keunikan tenunan songket dan samping tersendiri yang melambangkan negeri berkenaan.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:23PM

Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Warisan Johor Roslinda Mohd Rosli menunjukkan benang daripada serat nanas yang digunakan sebagai element untuk motif atau bunga pada kain. Gambar: Shaifuldin Ahmad, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, songket menjadi sepersalinan pakaian bagi kerabat raja dan orang-orang kenamaan, terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Setiap songket mempunyai identiti tersendiri, tenunan songket ini sudah lama terkenal terutama di pantai timur dengan keunikan tersendiri dan ada yang sudah memasuki pasaran eksport.

Di Johor, tidak kurang hebatnya dengan keunikan tenunan songket dan samping tersendiri yang melambangkan negeri berkenaan dengan keunikan kain benang Johor corak Muar berbunga renek.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Warisan Johor Roslinda Mohd Rosli, pada asalnya tenunan corak Muar merupakan identiti Johor sebelum ia melalui proses kajian penjenamaan semula bersama Prof Dr Zainon Ismail dan Prof Dr Norwani Nawawi bermula 2013.

“Kain asal tenun corak Muar hanya kain kotak kosong atau beragi (dalam istilah tekstil). Jadi, kita buat inovasi baharu pada 2013, hasrat kerajaan Johor adalah untuk mempopularkan kain benang Johor corak Muar sebagai salah satu identiti negeri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya, Yayasan Warisan Johor telah mencipta 10 rekaan iaitu empat rekaan untuk rakyat biasa dan enam rekaan untuk kerabat diraja.

Empat rekaan untuk rakyat biasa adalah kain benang Johor corak Muar berbunga renek A dan B. Corak A itu motifnya berada di kepala kain, manakala B motifnya berada di badan kain dan kain benang Johor Mayang Selida serta kain benang Johor Tanjung Piai.

“Bagi kerabat diraja pula, kita mempunyai songket Johor Jauhar, songket Johor Tanjung Puteri, songket Johor Medini. Songket Johor Tengku Mahkota ada dua rekaan dan songket Maharani, itu adalah untuk kerabat diraja Johor dan motif-motif pada kain itu memang melambangkan kerabat diraja seperti mahkota raja, tiara permaisuri ada huruf jawi 'ta mim jim',” katanya.

Bercerita lanjut mengenai proses pembuatan tenun ini, Roslinda berkata ia agak rumit dan akan melalui lapan proses dengan cara mencelup benang, menerai benang, menggulung, menyampak, mengarat, menganing dan menenun bagi mendapatkan kain tenun yang terbaik.

“Proses menenun ini memakan masa dua minggu untuk menghasilkan sehelai kain yang berukuran 2.25 meter, dan kebanyakan kain yang dihasilkan di sini adalah untuk samping yang dipadankan dengan Baju Melayu Teluk Belanga, dan kain sarung yang dipadankan dengan Baju Kurung Teluk Belanga untuk wanita,” katanya.

Memberi panduan penjagaan kain benang Johor corak Muar, Roslinda berkata cara kain songket untuk tahan lebih lama ialah perlu memberi perhatian pada teknik gulungan yang betul dan tidak dilipat serta dicuci kering sahaja.

Selain itu, beliau berkata Galeri Tenun Johor kini sedang melakukan kajian mengenai gabungan benang serat nanas dengan kain benang Johor corak Muar untuk mendapatkan songket berlainan dan unik.

“Benang serat nanas digunakan sebagai elemen untuk motif atau bunga pada kain. Kita tidak gunakan serat nanas sebagai permukaan kain kerana ia bersifat keras dan rapuh, senang putus,” katanya menambah bekalan benang serat nanas itu diperoleh dari seorang pengusaha di Pontian.

Katanya, bagi mereka yang menginginkan kain benang serat nanas pihaknya boleh mendapatkannya namun harga benang berkenaan lebih mahal berbanding benang hias iaitu sekitar RM700 bagi sekilogram manakala benang hias tidak melebihi RM100.

Roslinda berkata seni tenun secara manual semestinya nampak lebih eksklusif dan elegan dipakai lelaki mahupun wanita, maka harga bagi tenun secara manual ini bermula dari RM2,000 berbanding harga tenun yang dihasilkan secara pukal menggunakan mesin iaitu sekitar RM200 hingga RM350.

“Maka harga tenun benang serat nanas akan lebih mahal berbanding tenun biasa. Andai kata ada tempahan eksklusif hendak serat nanas, kita akan buat dan ia pada motif bukan pada permukaan kain,” katanya.

Sementara itu, penenun Galeri Tenun Johor Norhulnadia Ahmad, 34, berkata seni tenunan memerlukan minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan songket bermutu.

Berkelulusan Institut Kraftangan Negara, Norhulnadia berkata beliau merupakan antara penenun yang menghasilkan tenunan bagi pakaian kerabat diraja.

Berkongsi minat yang sama adalah adik beliau, Mohamad Sharil Ahmad, 20, yang mengakui bahawa minatnya timbul sejak di bangku sekolah selepas melihat kakaknya itu menghasilkan kain tenunan yang menarik.

“Sejak umur 15 tahun lagi, saya tengok kakak menenun dan selepas SPM saya mula belajar...saya minat tenun ini kerana prosesnya yang ulang-alik,” katanya yang merupakan penenun lelaki tunggal di galeri kerkenaan.

Galeri Tenun Johor mempunyai enam penenun dengan setiap penenun boleh menghasilkan dua helai kain dalam tempoh sebulan berbanding kaedah mesin yang mampu menghasilkan 200 helai kain dalam tempoh enam bulan. - Bernama

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Diadakan Pada Februari 2023

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Menyulam Benang, Legasi Tenun Gemilang 

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Zapin Johor Unik Pada Langkah Tarian Dan Alat Muzik

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Pameran TrioSs Cara Seniman Berhubung Dengan Penggemar Seni

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran