web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tenun Pahang Diraja Bakal Dipamer Di London Craft Week

Lebih 300 koleksi Tenun Pahang Diraja hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong bakal dipamerkan di London Craft Week yang bakal berlangsung pada 9 hingga 15 Mei depan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:10PM

Contoh kain tenun hasil kerja tangan banduan dari Penjara Bentong. Gambar: Instagram @tenun_pahang_diraja

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya, lebih 300 koleksi Tenun Pahang Diraja hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong bakal dipamerkan di London Craft Week yang berlangsung di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square pada 9 hingga 15 Mei depan.

Lebih menarik, lebih 30 daripada koleksi itu turut mendapat sentuhan kreatif dan rekaan daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja.

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal berkata penyertaan itu merupakan inisiatif daripada Tunku Azizah di bawah Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam usaha mempromosi produk kraf tempatan terutamanya kain tenun di luar negara.

“Pada saya, langkah Seri Paduka sangat tepat kerana festival ini adalah lokasi strategik dan menjadi kawasan tumpuan pelancong, sekali gus dapat memperkenalkan dan mempromosi produk kraf kita di mata dunia.

“Penglibatan Tunku Azizah sangat lama, bukan sekadar menaunginya, baginda turut terlibat sama dalam kerja-kerja penghasilan kain tenun termasuk soal rekaan, kain dan warna,” katanya dalam sidang media London Craft Week di Istana Negara di sini hari ini.

London Craft Week bakal mengumpulkan hampir 300 pembuat, pereka, jenama serta galeri yang terkenal dari seluruh dunia bagi mempamerkan produk kraf mereka.

Pada masa sama Ahmad Farid berkata penyertaan ke London Craft Week juga dapat memberi pendedahan kepada penggiat tempatan dalam menghasilkan produk kraf yang bermutu tinggi.

Katanya London Craft Week juga akan mempamerkan koleksi khusus dari Muzium Negeri Pahang bagi menunjukkan perjalanan sejarah Tenun Pahang Diraja dari awal sehingga kepada penglibatan penjara dan sebagainya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Raja Zarith Sofiah Miliki Sifat Kepedulian Yang Tinggi Terhadap Ilmu Dan Kebajikan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN