web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu Rakyat Ke Pentas Istana Budaya 

Konsert yang mempersembahkan lebih 50 lagu rakyat diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ini dijayakan Floor 88, Datuk Zainal Abidin, Bunga, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Roslan Madun, Jatt Aziz dan kumpulan Mah Meri. 

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu 'Hutang', 'Chikadun' dan '24434' yang dipopularkan kumpulan Floor 88 antara lagu rakyat yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert Lagu Rakyat selama dua malam bermula 25 Mac ini.

Siapa sangka, lagu-lagu popular oleh kumpulan penyanyi muda itu yang biasanya menceritakan perihal masyarakat dan senario semasa menerusi bait liriknya seperti kesan hutang, penyalahgunaan dadah dan tuntutan solat, juga dikategorikan sebagai lagu rakyat.

Floor 88 antara anak muda yang mengangkat lagu rakyat dalam karya mereka.
Floor 88 antara anak muda yang mengangkat lagu rakyat dalam karya mereka.

Wakil kumpulan itu, Eric Fuzi berkata, tawaran menjayakan persembahan itu disifatkan seperti bulan jatuh ke riba memandangkan konsep lagu rakyat dekat di hati mereka sekali gus memartabatkan lagi genre lagu tersebut.  

"Kami hanya memainkan lagu sendiri namun ramai yang melabelkan lagu kami dekat dengan lagu rakyat yang popular dan malar segar seperti 'Lenggang Kangkong'. 

“Lebih membanggakan, Istana Budaya juga mengakui perkara tersebut dan kami sifatkan ia sebagai penghormatan besar," katanya kepada Bernama.

Konsert yang bakal mempersembahkan lebih 50 lagu rakyat diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu turut dijayakan barisan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Zainal Abidin, Bunga, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Roslan Madun, Jatt Aziz dan kumpulan Mah Meri. 

Sementara itu, konduktor OTM Mohd Yazid Zakaria berkata, gubahan muzik dan iringan orkestra akan disuntik nafas baharu dalam memberi sentuhan lebih segar tanpa mengubah keaslian lagu. 

"Kami juga berharap menerusi penganjuran seperti ini, lebih ramai penyanyi muda menghasilkan lagu rakyat pada masa akan datang," katanya. 

Bunga bakal menghiburkan penonton pada konsert ini nanti.
Bunga bakal menghiburkan penonton pada konsert ini nanti.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Mohamad Azlan Abdul Majid berkata, konsert itu bertujuan mengangkat kegemilangan lagu tersebut dan terus menjadi halwa telinga terutama buat generasi akan datang.

"Lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan seperti 'Suriram' dan 'Air Pasang Dalam' yang sinonim dengan pelbagai generasi kini semakin pupus, malah ada yang tidak tahu atau mendengarnya," katanya.

Mohamad Azlan berkata, tujuan pihaknya mengetengahkan barisan penyanyi muda dalam konsert itu bagi menarik lebih ramai audiens selain memberi nafas baharu dalam muzik berkenaan. 

"Secara tidak langsung, ia boleh menarik peminat mereka yang terdiri daripada generasi kini untuk kembali mendengar lagu rakyat," katanya sambil menambah tiket boleh ditempah di laman sesawang Istana Budaya dengan harga bermula RM88. 

Dalam pada itu, Mohamad Azlan berkata, sebanyak lima program termasuk dua persembahan teater telah disusun bakal diterbitkan sepanjang tahun ini, selain menerima tujuh permohonan dari syarikat produksi yang dilihat sebagai perkembangan positif buat industri persembahan. - Bernama

Gambar: Fail

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN