web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Orang Kata Saya Tulis Benda Klise, Tapi..,” - Siti Rosmizah

Bekerja sebagai peguam membuatkan penulis itu berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis rumah tangga.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 2:29PM

Siti Rosmizah ketika sidang akhbar drama 'Jangan Menangis Cinta'

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis buku laku keras Siti Rosmizah mendedahkan menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai yang menganggap penulisannya menjatuhkan imej wanita.

“Saya dikecam dan dikutuk sehingga ada yang mengatakan saya penulis  tidak sedar diri dan menjatuhkan martabat perempuan.

Namun begitu, apa yang cuma saya tampilkan ialah realiti yang sedang dihadapi masyarakat hari ini,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di majlis sidang media kerjasama antara Astro dan SR One Sdn. Bhd. 

Bekerja sebagai peguam membuatkan penulis itu berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis rumah tangga. Isu-isu itulah yang cuba dibawa Siti Rosmizah menerusi 13 novel yang sudah ditulisnya setakat ini. 

Bukan itu sahaja, tujuh daripada novel yang pernah dihasilkan juga telah diadaptasi menjadi drama dan mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

Terbaharu, menerusi kerjasama Astro, drama bersiri 40 episod diadaptasi daripada novel 'Jangan Menangis Cinta' bakal ditayangkan dengan tajuk yang sama.

“Untuk novel Jangan Menangis Cinta, saya menceritakan kisah masyarakat kita yang tidak boleh menerima kehadiran anak kurang upaya. Bukan hanya cacat, malah jika anak kulit gelap pun sudah ada ibu bapa yang bising. 

“Saya nak tunjuk kepada masyarakat kita kena hargai mereka dan pasti ada sebab mengapa sesuatu perkara itu terjadi,” katanya lagi. 

Bercakap mengenai kritikan terhadap karyanya yang sering dianggap klise kerana menyajikan drama air mata dalam keluarga, Siti Rosmizah berpendapat, walaupun ia mempunyai aura yang sama namun itulah realiti yang sedang dihadapi ramai wanita di luar sana.

“Mereka inginkan kelainan dalam karya tapi inilah perkara yang sedang kita hadapi. Takkan kita buka pintu tiba-tiba ada Megatron depan rumah? Apa yang saya tulis, itulah peristiwa yang saya hadapi sebagai seorang peguam,” tambahnya lagi.

'Jangan Menangis Cinta' bakal ditayangkan menerusi Astro Ria pada 21 Mac ini. Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Riyana yang berkahwin dengan Zafran secara terpaksa. 

Awal perkahwinan, Riyana banyak makan hati dengan sikap suaminya. Ketika dia mula jatuh cinta, dia diuji dengan kelahiran anak mereka yang cacat. Drama ini dibintangi Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi dan Rita Nadira.

Selain 'Jangan Menangis Cinta', karyanya yang lain iaitu 'Andai Itu Takdirnya' musim pertama dan kedua serta 'Takdir Itu Milik Aku' pula bakal ditayangkan bermula tahun ini sehingga 2023. - Getaran, 10 Mac

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN