web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perginya Permata Seni Negara Yusof Gajah

Yusof Gajah terkenal dengan ‘naive art’ dan sering menggunakan ikon gajah dalam karyanya

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 12:49PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelukis dan penulis buku terkenal Malaysia, Mohd Yusof Ismail atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 68 tahun. 

Khabar duka itu dikongsikan menerusi Facebook Persatuan Seni Rupa Malaysia pagi tadi.

Ruangan komen dibanjiri dengan pengguna yang berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” tulis Halim Jaafar. 

“Semoga Allah kurniakan keluarganya ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian hidup ini,” tulis pengguna yang lain. 

 Yusof Gajah terkenal dengan naive art dan sering menggunakan ikon gajah dalam karyanya tidak kiralah sama ada lukisan di kanvas mahupun menerusi ilustrasti buku kanak-kanak.

Beliau juga aktif mengajar seni melukis khususnya kepada kanak-kanak sehingga menubuhkan kumpulan Boneka Pustaka Bimbingan.

Yusof Gajah turut terlibat dengan pameran lukisan dalam dan luar negara seperti Folk Art Festival di Sabah, Pameran Ilustrasi Buku Kanak-Kanak di Galeri Petronas, Peace Story Nambook di Korea dan banyak lagi. 

Sepanjang hayatnya, beliau pernah menerima pelbagai anugerah seperti Best Children’s Picture Book National Book Council di Kuala Lumpur, Children’s Picture Book Illustration di Jepun, Pratita Adi Karya di Indonesia dan banyak lagi. 

Takziah sekali lagi buat keluarga dan semoga rohnya dicucuri rahmat. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Instagram Yusof Gajah

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN