web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muzium Budaya Borneo Mampu Jadi Pusat Menimba Ilmu - Abang Jo

Muzium Budaya Borneo mampu menarik minat ahli akademik dan penyelidik dari institusi tempatan mahupun antarabangsa.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Mar 2022 2:46PM

Muzium Budaya Borneo terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak. Gambar: Rushdan Manan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzium Budaya Borneo (BCM) yang baru dilancarkan mampu menjadi pusat menimba ilmu dalam usaha memahami kekayaan sejarah, budaya dan alam semula jadi di kepulauan itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sebagai sebuah repositori bertaraf dunia, muzium itu juga mampu menarik ahli akademik dan penyelidik dari institusi tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau berkata objektif muzium itu yang memacu penyelidikan akan menggalakkan masyarakat menghargai kepentingan penyelidikan dan diserap dengan budaya penyelidikan.

“Seperti yang dapat dilihat di negara-negara maju, masyarakat yang telah berakar umbi dengan budaya penyelidikan dan minda yang dipacu oleh data akan memiliki kemahiran analisis lebih baik untuk memperbaiki setiap aspek kehidupan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran rasmi BCM di Kuching.

Muzium ikonik serba baharu itu mempamerkan lebih seribu artifak mewakili budaya dan sejarah Sarawak yang menakjubkan.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud (tengah) melihat artifak yang dipamerkan selepas merasmikan Muzium Budaya Borneo. Gambar: Bernama
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud (tengah) melihat artifak yang dipamerkan selepas merasmikan Muzium Budaya Borneo. Gambar: Bernama

Pembinaan BCM bermula pada 2014 dan kos projek itu sebanyak RM323 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Abang Johari juga berkata selain memelihara warisan, Jabatan Muzium Sarawak boleh memainkan peranan yang lebih besar terutama menyumbang ke arah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Sarawak dengan menggalakkan pekerjaan serta kesan ekonomi secara langsung dan tidak langsung dalam sektor perkhidmatan.

Beliau berkata konsep menggunakan muzium sebagai rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi budaya adalah konsep yang telah dibuktikan serta membuahkan hasil sekali gus menjadi lebih popular di negara maju dan membangun.

Mengambil contoh Muzium Bilbao Guggenheim yang terkenal di Sepanyol dan dibuka pada 1997, Abang Johari berkata ia telah mencipta kesan mengagumkan sehingga menjadi persekitaran yang mampu merangsang pembangunan seluruh bandar.

“Dengan lokasi strategiknya di pusat bandar Kuching dan peningkatan kebolehcapaian melalui sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan datang, saya yakin BCM mampu mencipta kesan sampingan yang ingin diwujudkan,” katanya. 

Muzium itu akan dibuka kepada umum mulai 9 Mac depan. - Bernama

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN