web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pameran Exposure+ Photo Papar Karya 16 Jurugambar

Pameran Exposure+ Photo mempamerkan karya menarik 16 jurugambar yang terhasil daripada perkataan ‘Belong’

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 6:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan penularan wabak COVID-19 tahun lepas, Exposure+ Photo akhirnya melancarkan pameran fotografi yang sangat dinanti-nantikan. 

Bertemakan ‘Belong’, pameran fotografi ini bakal menampilkan karya 16 jurugambar di beberapa lokasi terpilih selama dua minggu.

Mesti ramai tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan tema tersebut. Menurut pengasas bersama Exposure+ Photo, Nadirah Zakariya, perkataan ‘Belong’ mempunyai definisi yang sangat luas dan boleh ditafsirkan secara metafora atau harfiah oleh seseorang.

“Sepertimana semua tahu, dua tahun ini benar-benar mengajar kita bagaimana rasanya memiliki dan dimiliki oleh sesuatu. Selain itu, pandemik ini juga telah mewujudkan jarak dan pengasingan antara satu sama lain malah membuat kita berasa takut.

“Sejujurnya, seni fotografi adalah penyelamat hidup saya dan disebabkannya, saya dapat terus bertahan sepanjang pandemik ini. Fotografi adalah satu medium komunikasi yang membolehkan kita bercerita dengan lebih mendalam. Dengan adanya visual, ia boleh memberi impak yang lebih berkesan dan menarik pada sebuah cerita.

“Justeru itu, lewat penyertaan pameran ini kami mengajak para jurugambar untuk merenung pada sesuatu objek atau perkara yang memegang maksud ‘belong’ kepada mereka.

"Kami teruja untuk berkongsi hasil kerja 11 jurugambar berpengkalan di Malaysia yang dipilih daripada 96 permohonan penyertaan pameran ini bersama lima jurugambar antarabangsa.”

 Dari kiri: Balqish Tajalli, Patricia Krivanek, Rou Ling Lu, Vaneesha Krish dan Kelvin Mah Wai Chong.
Dari kiri: Balqish Tajalli, Patricia Krivanek, Rou Ling Lu, Vaneesha Krish dan Kelvin Mah Wai Chong.

Untuk pengetahuan semua, Exposure+ Photo merupakan sebuah kolektif yang diasaskan oleh dua jurugambar iaitu Steven Lee dan Nadirah Zakariya serta turut dibantu Munirah Rohaizan dan Stacy Liu.

Kolektif ini aktif sejak  2014 dengan projek pertama mereka bertajuk, Two Mountains Photo Project yang diadakan di Publika, Kuala Lumpur. Pada 2020 pula, mereka telah menjayakan festival fotografi berjudul, KL20X20 yang berlangsung di merata ibu kota. 

Exposure+ Photo berpegang teguh pada slogan ‘Fotografi untuk semua’ dan ditubuhkan untuk menggalakkan fotografi sebagai bentuk seni dan cara mengekspresikan diri. 

“Misi kami adalah untuk sentiasa mencari bakat baharu dan memberi mereka peluang. Kami tahu terdapat begitu ramai jurugambar berbakat tetapi tidak banyak platform untuk mempamerkan hasil kerja mereka.

“Melalui penyertaan pameran ini, kami bertuah kerana dapat menemui ramai jurugambar yang bukan sahaja berbakat, malah mampu menginterpretasikan tema ini dengan baik dan penuh kreativiti.

“Menariknya, festival ini bukan sahaja berfungsi sebagai pameran fotografi tetapi ia juga menjadi wadah pementoran kerana para jurugambar yang terpilih dibimbing untuk mengembangkan projek yang dicadangkan dengan lebih lanjut. Bimbingan ini adalah dari mula pelaksanaan sehingga penyuntingan akhir bagi persediaan sebelum pameran.

“Tambahan pula, kami sangat berterima kasih kepada Canon Marketing Malaysia atas penajaan pameran ini. Mereka telah memudahkan urusan mencetak foto-foto bahkan akan menjadi penganjur kepada tiga bengkel fotografi di Lot 18 Gallery.

“Di sana,  para peserta berpeluang untuk mencuba rangkaian kamera dan lensa terbaharu Canon sambil mendapat pengetahuan yang komprehensif daripada duta-dutanya,” ujar Steven Lee.

Berkongsi lebih mengenai karyanya, salah seorang jurugambar yang terpilih, Catherhea Potjanaporn berkata “Saya ingin menekankan bahawa orang gemuk berhak merasa selesa dan gembira dengan diri mereka sendiri. Mereka meraikan ‘fat liberation’ dengan menggayakan diri mereka mengikut pilihan sendiri.”

Pameran fotografi ini bukan sahaja menampilkan hasil kerja yang diambil menggunakan kamera tetapi lewat pelbagai teknik lain. 

“Saya menggunakan alternative photography process dan tidak menggunakan sebarang kamera untuk menghasilkan gambar saya. Ia adalah proses lama pembikinan fotografi untuk mencipta sebuah kesan pada kanvas atau kertas. 

“Karya saya ini sangatlah personal dan dekat pada saya. Ia mengingatkan kita bahawa terdapat keindahan di alam sekeliling kita walaupun kini hidup dalam berasingan di kala pandemik,” kata Balqis Tajalli.

Menurut Lim Tze Yan pula, karyanya bukanlah kepingan gambar tetapi sebuah projek buku.

“Ia menceritakan tentang kisah trauma sebuah keluarga. Gambar-gambar di sisi negatif mencerminkan ‘Kingship’ yang boleh dilihat sebagai satu ikatan atau satu bentuk penindasan dalam sebuah keluarga,” katanya. 

Anda boleh datang ke pameran fotografi ‘Exposure+ Photo’ untuk menyaksikan karya-karya menarik ini di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang sedang berlangsung sehingga 13 Mac 2022. - Getaran, 3 Mac 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN