web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teater Muzikal Ali Baba Dipentaskan Semula Di Melaka Bulan Depan

Teater Muzikal Ali Baba yang akan dipentaskan semula di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka selama tiga hari bemula 18 Mac ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 9:13AM

Barisan para pelakon Teater Muzikal Ali Baba selepas selesai melakukan pementasan ringkas pada sidang media teater berkenaan. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orang ramai yang berminat dengan persembahan teater dijemput untuk menyaksikan persembahan Teater Muzikal Ali Baba yang akan dipentaskan semula di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka selama tiga hari bemula 18 Mac ini. 

Kali terakhir persembahan teater itu dipentaskan adalah 10 tahun lepas di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pengarah teater muzikal itu yang juga Presiden Pertubuhan Teater Negeri Melaka Lokman Ghani berkata pementasan semula teater itu membabitkan perbelanjaan sekitar RM200,000 melibatkan tenaga 130 orang yang terdiri daripada pelakon serta tenaga produksi belakang tabir.

Antara pelakon utama teater muzkal itu ialah Ashraf Muslim, Datuk Jalaluddin Hassan,  Aziz M. Osman, Dr. Syasya Aziz dan Najua P.Ramlee.

"Pementasan Teater Muzikal Ali Baba akan berlangsung empat sesi sepanjang tiga hari itu, dengan kapasiti 200 penonton bagi setiap sesi dan harga tiket ialah RM10 seorang.

"Kira-kira 75 peratus daripada pelakon adalah anak Melaka dan latihan telah berlangsung selama dua bulan sejak Disember lepas," katanya kepada pemberita selepas pementasan ringkas Teater Muzikal Ali Baba di sini, hari ini.

Turut hadir menyaksikan pementasan ringkas itu ialah Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengarah JKKN Melaka Ezlina Alias.

Lokman berkata antara kelainan yang diketengahkan dalam pementasan kali ini ialah penggunaan gaya percakapan orang Melaka bagi menarik minat penonton tempatan. 

Katanya bekerja dengan barisan pelakon baharu yang rata-rata tidak mempunyai asas atau ilmu berlakon teater, menjadi cabaran buatnya berbanding ketika pementasan di Istana Budaya pada 2012 yang hampir keseluruhan menggunakan khidmat pelakon profesional dan terkenal.

Bagaimanpun beliau berkata perkara itu bukan halangan baginya untuk memastikan kejayaan pementasan Teater Muzikal Ali Baba kerana pelakon baharu yang dipilih mempunyai bakat dan minat untuk belajar, selain cepat menguasai kemahiran berlakon teater.

"Kita mempunyai lima pelakon utama yang berbakat besar dalam bidang teater dan anak-anak muda ini akan dapat belajar daripada mereka. Saya yakin mereka akan menjadi pelakon teater yang hebat pada masa hadapan sekali gus mengharumkan nama Melaka," katanya. - Bernama

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN