web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


250 Pemain Sape Bakal Cipta Rekod Malaysia Book of Records

Persembahan muzik sape oleh 250 pemain pada malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Kuching, Ahad ini membabitkan pemain dari seluruh negara.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan muzik sape oleh 250 pemain pada malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Kuching, Ahad ini bakal mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Guru Sape, Elizabeth Bungan, 32, yang juga pengasas studio Culture Meet berkata, sape yang merupakan alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu itu akan dimainkan oleh pemain dari seluruh Malaysia secara serentak selama lima minit di Tebingan Sungai Kuching.

“Ini merupakan cubaan kali kedua untuk mencatat rekod MBR iaitu ramai pemain dalam satu masa. Ia melibatkan penambahan jumlah pemain kepada 250 orang berbanding 207 sewaktu kali pertama mencipta rekod itu di Miri pada 2017,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Beliau berkata, kesemua pemain terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik yang berkongsi minat terhadap sape sekali gus mahu memartabatkan muzik tradisional Sarawak.

Menurutnya ketika latihan, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap sesi dihadkan kepada 50 orang sahaja selain perlu membuat ujian saringan COVID-19.

Elizabeth Bungan (depan) mengadakan sesi latihan bersama 50 peserta di Akademik Kastam Malaysia Cawangan Sarawak sebagai persediaan persembahan.
Elizabeth Bungan (depan) mengadakan sesi latihan bersama 50 peserta di Akademik Kastam Malaysia Cawangan Sarawak sebagai persediaan persembahan.

Elizabeth berkata, mereka hanya mengadakan latihan secara bersemuka selama tiga hari sahaja sebelum persembahan namun yakin impian untuk mencatat rekod itu tercapai dengan kerjasama semua pemain.

“Sebenarnya kami telah memulakan sesi latihan sejak Disember lepas namun hanya secara dalam talian dengan skala kecil,” katanya.

Anak Sarawak kacukan Kelabit-Iban yang berasal dari Sibu itu telah memulakan karier sebagai pemain sape profesional sejak 2016 selepas menyertai persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF).

Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Eli mula dikenali ramai apabila beliau sering memuat naik videonya bermain sape menerusi laman sosial.

Selain pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi, beliau juga pernah bermain sape bersama dua ikon sape Sarawak, Jerry Kamit dan Alena Murang pada RWMF 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN