web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tan Kai Hee Dikenang Kerana Apresiasi Terhadap Kesusasteraan Melayu 

Mendiang Tan Kai Hee menyanjung tinggi kesusasteraan Melayu dan menderma RM1 juta bagi pembetukan Yayasan Usman Awang (YUA).

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 5:20PM

Gambar: China Report ASEAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengasas Hai-O Enterprise Bhd Tan Kai Hee yang meninggal dunia Selasa lalu pada usia 85 tahun dikenali ramai sebagai dermawan yang banyak menghulur bantuan kepada badan-badan kebajikan dalam negara.

Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa mendiang menyanjung tinggi kesusasteraan Melayu dan menderma RM1 juta bagi pembetukan Yayasan Usman Awang (YUA), yang mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

Presiden YUA, Dr Syed Husin Ali berkata, yayasan yang ditubuhkan pada 15 Mei 2014 itu dibangunkan dengan tujuan memupuk semangat setiakawan dan kemanusiaan yang dapat dilihat menerusi karya-karya sastera Usman.

“Tan menderma satu juta lagi untuk apa yang dinamakan sebagai Anugerah Integrasi Negara, kerana beliau ingin menggalakkan perpaduan nasional dalam kepelbagaian etnik Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, Tan turut menyumbang kepada program-program di bawah YUA seperti Sambutan Hari Puisi Dunia dan persembahan teater UdaDanDara di Sabak Bernam.

“Beliau seorang dermawan terkenal dan banyak menyumbang untuk pendidikan dan kebajikan rakyat,” kata Syed Husin.

Sementara itu, pemuisi dan bekas wartawan Raja Ahmad Aminullah turut memuji Tan sebagai dermawan yang amat pemurah dan mempunyai prinsip tersendiri dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Beliau menubuhkan sebuah dana amanah dengan keuntungan perniagaannya yang berjumlah kira-kira RM100 juta diletakkan di situ untuk diagihkan bagi kebajikan dan kerja-kerja bersifat sumbangan derma,” katanya.

Raja Ahmad berkata, mendiang Tan mengumumkan hanya sebahagian kecil daripada dividen dana itu diperuntukkan kepada anak-anaknya kerana beliau percaya mereka memiliki semua sumber untuk mencari kekayaan sendiri.

Isteri Tan meninggal dunia pada 2017 dan beliau meninggalkan seorang anak lelaki, dua anak perempuan serta tujuh cucu. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Temasya Rangkaian (TERANG) Papar Seni Budaya Dan Hiburan 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN