web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Beradik Guna Bahan Kitar Semula Berkarya Kisah COVID-19

Karya itu diinspirasikan daripada kisah ibu saudara mereka yang dijangkiti COVID-19 dan bertarung nyawa di ICU Hospital Ampang pada 2021 namun meninggal dunia kemudian.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 9:03AM

Gambar: Harry Salzman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua beradik memanfaatkan bahan kitar semula untuk berkarya di atas kanvas dengan berilhamkan kisah penderitaan dan perjuangan seorang wanita melawan virus COVID-19 semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Aqilah Syakirah Yusri, 18, dan adiknya Alisya Syuhaidah, 16, menggunakan sisa besi, plastik, botol, fabrik daripada bahan kitar semula seperti tetikus, plastik acuan kuih, kipas dan kotak untuk menghasilkan catan media campuran yang diberi nama ‘Strongest Women’ - COVID-19 is true! Never give up and keep strong.

Aqilah Syakirah berkata karya itu diinspirasikan daripada kisah ibu saudaranya yang dijangkiti COVID-19 dan bertarung nyawa di ICU Hospital Ampang pada 2021 namun meninggal dunia kemudian.

“Dari kisah itu, kami dapat idea untuk paparkan bagaimana susahnya wanita yang dijangkiti COVID-19 berjuang bertahan hidup dan sembuh," katanya kepada Bernama.

Aqilah Syakirah berkata karya mereka mahu membawa mesej bahawa setiap orang yang dijangkiti COVID-19 masih mempunyai harapan untuk sembuh meskipun berada di ICU dengan memaparkan kekuatan seorang wanita yang berjuang dalam peperangan menetang COVID-19.

Karya kedua-dua pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau di Negeri Sembilan itu telah dipamerkan dalam koleksi Waste to Art Competition 2021 yang dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), baru-baru ini.

Aqilah Syakirah berkata mereka mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menghasilkan karya tersebut dengan menggunakan bahan kitar semula.

“Bahan-bahan memang senang dapat tetapi proses dan cara untuk siapkan karya tersebut agak rumit. Ia memerlukan kreativiti dan memang tidak tidur malam kami dibuatnya.

“Kami berdua siapkan karya ini di luar sesi persekolahan contohnya waktu malam, kami bersama-sama fikir cara untuk hasilkan karya dengan cara lebih menarik dan menyayat hati,” katanya.

Alisya Syuhaidah berkata mereka memilih untuk memaparkan keadaan seorang wanita memakai alat bantuan pernafasan dalam karya tersebut khusus bagi menonjolkan bahawa ancaman COVID-19 adalah nyata.

“Gambaran jam dalam karya itu pula adalah detik waktu ketika berada di dalam ICU sebagai simbol yang sangat berharga untuk wanita tersebut kembali sembuh daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Alisya Syuhaidah berharap karya yang dihasilkan dapat meningkatkan kesedaran kepada semua pihak untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 di negara ini. - Bernama

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN