web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Kampung Tanjung Sabtu Hidupkan Semula Sukan Tradisi Terengganu

Enggan tradisi lama itu terus berkubur menyebabkan penduduk Kampung Tanjung Sabtu memulakan inisiatif menganjurkan Karnival Perlumbaan Bot Naga baru-baru ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 2:59PM

Karnival Perlumbaan Bot Naga merupakan usaha dari komuniti setempat bagi memulihara dan menghidupkan semula sukan tradisi rakyat negeri Terengganu. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada era 1980-an pertandingan lumba perahu menjadi aktiviti yang sangat sinomin kepada rakyat Terengganu dan turut diminati golongan istana.

Namun kemashyuran aktiviti tersebut semakin ditelan zaman dan kali terakhir acara perlumbaan perahu tradisional itu diadakan adalah pada 10 tahun yang lalu.

Enggan tradisi lama itu terus berkubur menyebabkan penduduk Kampung Tanjung Sabtu memulakan inisiatif menganjurkan Karnival Perlumbaan Bot Naga baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Ahmad Azfar Ali, 37 penganjuran itu merupakan usaha komuniti setempat yang dibuat bagi memelihara warisan acara perlumbaan perahu tradisional.

“Dahulunya pertandingan lumba perahu ini dibuat bagi mengeratkan perpaduan antara masyarakat setempat. 

“Namun semakin lama warisan ini makin dilupakan mungkin kerana gaya hidup kita sudah semakin moden. 

“Cuma kami rasa sangat sayanglah kalau warisan ini ditinggalkan begitu saja. Sebab itu kita cuba usahakan juga program ini untuk menghidupkan semula tradisi yang sangat dekat dengan masyarakat Terengganu,”  katanya kepada Getaran.

Beliau berkata sebanyak 11 pasukan termasuk lapan buah kampung sekitar berentap selama dua hari sejak Jumaat lepas bagi merebut gelaran Raja Sungai.

Malah katanya acara perlumbaan sejauh 500 meter di Sungai Nerus cukup untuk menguji kemampuan 18 pendayung dan dua jurumudi di setiap bot atau perahu menuju garisan penamat.

Tambah Ahmad Azfar biarpun perlumbaan kali ini melibatkan bot gentian kaca, namun unsur tradisional masih dikekalkan.

Pada pertandingan itu juara dimenangi Kampung Petai Bubus sekaligus meraih gelaran Raja Sungai untuk membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta medal.

Pasukan tuan rumah, kampung Tanjung Sabtu berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi RM1,000 berserta medal
Pasukan tuan rumah, kampung Tanjung Sabtu berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi RM1,000 berserta medal

Manakala pasukan tuan rumah, kampung Tanjung Sabtu berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi RM1,000 berserta medal.

Sementara itu ‘orang lama’ dalam sukan tradisi bot lumba, Muhamad Ngah, 74 berkata dahulunya acara tersebut sangat dinantikan rakyat negeri itu.

Lebih menarik, sukan tersebut juga disertai ramai pembesar dari istana negeri bahkan ada satu ketika Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut hadir dalam acara tersebut, ujarnya.

“Tarikh yang tepat itu saya tak ingat. Tapi Tunku Abdul Rahman pernah datang masa 1980-an lah. Sebab sendiri dulu pernah jadi jurumudi perahu dalam perlumbaan.

“Meriah itu tak payah nak katalah. Memang tak sama macam sekarang sambutannya. Dulu tak perlu umum pun kalau kata ada pertandingan itu semua akan datang orang bandar akan datang, tempat ini akan penuh memang macam pesta,” katanya.

Namun warga emas itu berkata dia gembira melihat usaha golongan belia Kampung Tanjung Sabtu yang mahu mengekalkan tradisi tersebut.

“Usaha yang baik dan permulaan yang baik. Memang tradisi ini wajar dikekalkan dan diteruskan oleh generasi muda,” katanya. - Geraran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN