web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Mahu Tanggung Rugi, Penerbit Buku Bergabung Anjurkan KLAB 22 

Bagi menyelamatkan industri buku negara, para penerbit buku Malaysia bergabung menganjurkan Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 22 sebagai jalan keluar kemelut yang dihadapi ekosistem penerbitan buku hari ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 8:51AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penangguhan acara terbesar industri pembukuan negara, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang sepatutnya berlangsung pada minggu kedua Februari ini telah mengakibatkan kerugian besar yang perlu ditanggung oleh penerbit-penerbit buku di Malaysia.

Sudahlah acara jualan sebegini dua tahun tidak dilakukan menyebabkan jualan buku merosot, malah penganjur tidak membenarkan penerbit menuntut bayaran deposit yang sudah diberikan bagi menempah tapak reruai di PBAKL walaupun acara  ditangguhkan. 

Situasi ini semestinya mencemaskan dan membebankan banyak pihak terutamanya penerbit buku kecil di negara ini. 

“Bila dimaklumkan PBAKL akan berlangsung, penerbit sudah membayar deposit ribuan ringgit untuk sewa tapak reruai masing-masing. Bukan itu sahaja, kita juga sudah lakukan persiapan dengan mencetak buku baharu atau mengulang cetak buku lama sekurang-kurangnya tiga bulan daripada tarikh PBAKL berlangsung. Kosnya juga mencecah ribuan ringgit.

“Bila diumumkan penundaan, penerbit terpaksa tanggung kos tersebut sehingga berbulan-bulan dan membebankan kewangan terutama bagi penerbit kecil. Kami juga tidak boleh menuntut wang deposit atau menarik diri daripada acara PBAKL. 

“Sepatutnya kalau tarikh ditunda, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia kena bersedia melepaskan perjanjian yang sudah disepakati itu. Biar ada situasi menang-menang daripada kedua-dua belah pihak,” kata pengerusi Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 22, Hafizul Faiz Hashim ketika dihubungi Getaran. 

Bagi menyelamatkan nasib industri buku negara, para penerbit di Malaysia bergabung menganjurkan Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 22 sebagai jalan keluar kepada kemelut yang dihadapi ekosistem penerbitan buku hari ini.

Bermula dengan hanya keluhan dan gerakan di media sosial, kini KLAB 22 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 24 Februari di Pasar Seni, Kuala Lumpur ini bakal menghimpunkan 56 penerbit buku yang terdiri daripada pelbagai genre. 

“KLAB 22 adalah simbol penyatuan kepada ekosistem industri buku. KLAB adalah gabungan jenis penerbit tanpa diskriminasi termasuklah karya indie, Islamik, konservatif, fiksi dan lain-lain akan turut serta. Ini pertama kali KLAB disertai lebih daripada 30 penerbit termasuklah penerbitan dari universiti tempatan,” katanya lagi.

Menggunakan tagline 'Biar orang buat kita, kita buat pesta buku', KLAB bakal meriah dengan aktiviti jualan buku. Bukan itu sahaja, acara ini turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti majlis pelancaran buku baharu, bual bicara, serta sesi ramah mesra bersama penulis.

Antara penerbit yang bakal turut serta memeriahkan acara itu nanti ialah Jejak Tarbiah, JIWA, Kata-Pilar Books, Buku PTS, IMAN Publication, Gerak Budaya, LANGIT, Gadis Buku, Lejen Press dan lain-lain. - Getaran, 10 Februari 2022

Gambar: KLAB22

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN