web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berbakat! Anak Muda Ini Hasilkan Lagu Cinta Bahasa Dusun

'Nokura Baino' bermaksud 'mengapa sekarang' asalnya dicipta untuk pertandingan tahunan 'Sugandoi Kaamatan' yang popular di Sabah.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:43AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Saiful Jaicob membawakan kepelbagaian budaya dan etnik Sabah menerusi karya terbaharunya iaitu sebuah lagu yang bebahasa Dusun bertajuk ‘Nokura Baino’. 

Pemilik nama sebenar Md Noor Saifullah itu siap merakam sepenuhnya lagu itu pada tahun 2019 namun belum pernah dikeluarkan secara rasmi. 

Menurutnya lagi, lagu ‘Nokura Baino’ yang bermaksud 'mengapa sekarang' itu pula memang datang daripada pengalamannya sendiri yang pada asalnya dicipta sempena pertandingan tahunan ‘Sugandoi Kaamatan’ yang popular di Sabah.

‘Sugandoi Kaamatan’ ialah pertandingan nyanyian yang dianjurkan sempena Pesta Kaamatan di Sabah. Syarat lagu yang dinyanyikan mestilah dihasilkan dalam bahasa Dusun, Kadazan dan Murut.

“Sepanjang proses rakaman lagu ini, pelbagai dugaan saya tempuh seperti penggubahan lirik lagu kerana terdapat perkataan yang kurang sesuai. Tambahan pula saya kurang pengetahuan tentang perkataan-perkataan Dusun yang lebih mendalam dan puitis.

“Walau bagaimanapun, lagu ini akhirnya berjaya disiapkan setelah merujuk seorang komposer Dusun yang lebih arif di Sabah iaitu Sekar Madusa,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Terdahulu, Saiful Jaicob pernah menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada 2017 bersama beberapa komposer tempatan Sabah yang lain.

 Program tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni terutamanya tentang kesedaran serta kepentingan hak cipta dalam karya-karya mereka.

Anda boleh mendengar single 'Nokuro Baino’' ini di semua saluran digital dan YouTube Luncai Emas. 

"Harapan saya agar lagu ini dapat diterima semua pendengar dan masyarakat,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 3 Februari 2022

Gambar: Luncai Emas

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN