web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Tarian Singa, Naga Gembira Dapat Kembali Beraksi

Pengumuman kerajaan yang membenarkan tarian singa dan naga diadakan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah melegakan pasukan-pasukan persembahan itu.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 4:32PM

Gambar Hiasan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hampir dua tahun tidak beraksi berikutan pandemik COVID-19, pengumuman kerajaan membenarkan tarian singa dan naga diadakan sempena Tahun Baharu Cina kali ini melegakan penggiat tarian tradisional itu.

Ketua tarian singa dan naga Persatuan Kebudayaan dan Sukan Thang Loong, Tan Jeong Bao berkata pasukannya yang dianggotai 80 orang berusia 10 hingga 50 tahun, sangat gembira apabila dimaklumkan tarian berkenaan dapat dipersembahkan kepada orang ramai tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Setiap ahli pasukan nampaknya tidak sabar serta bersiap sedia untuk kembali memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan menghiburkan orang ramai.

"Walaupun tempahan untuk pasukan kami mengadakan tarian singa tidak sebanyak dahulu, namun kami semua tetap akan melakukan persembahan terbaik untuk orang ramai, malah sebenarnya kami gembira dapat beraksi semula," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tempahan yang diterimanya berkurangan sehingga 50 peratus berbanding sebelum ini kerana ada pihak berasa bimbang sekiranya kebenaran itu ditarik balik.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Tan berkata pasukannya telah mengadakan latihan sejak tiga bulan lepas dan mereka akan menjalani saringan COVID-19 terlebih dahulu bagi tujuan keselamatan serta membendung penularan wabak itu.

Selain itu katanya hanya ahli pasukan berusia 18 tahun ke atas dan telah lengkap divaksin sahaja yang boleh mengadakan persembahan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan anggota masyarakat yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 1 Feb ini dibenarkan mengadakan jamuan makan besar bersama ahli keluarga terdekat pada malam 31 Jan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dilaporkan berkata persembahan tarian singa, tarian naga dan tarian harimau juga dibenarkan dan tertakluk pada SOP Industri Kreatif (Persembahan Langsung) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN