web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anitha Cemerlang Dalam Night, Mother, Arahan Pertama Pat Gui 

Keputusan Pat Gui memilih Anitha Abd Hamid untuk menterjemahkan watak Jesse dan Sukania Vengopal pula Thelma sangat tepat.  

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 4:14PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kembali kepada asas pementasan teater dengan mengangkat naskhah teater yang kuat serta persembahan dan penyampaian lakonan berkesan daripada pelakon teater berkaliber. 

Itulah yang cuba dipersembahkan produksi PH7 apabila mementaskan Night, Mother karya Marsha Norman selama 11 malam berturut-turut di PJPAC2, One Utama bermula 6 hingga 16 Januari lalu. 

Ternyata ia bukan sekadar madah kata daripada PH7. Namun, mengangkat naskhah Night, Mother karya Marsha Norman yang juga pemenang Pulitzer Prize pada 1983 ini juga bukanlah satu tugas mudah. 

Baik untuk pengarahnya, Pat Gui yang pertama kali mengarahkan teater selepas 30 tahun berkhidmat sebagai pengurus pentas produksi menerusi pelbagai bentuk pementasan, mahupun kedua-dua pelakonnya iaitu Anitha Abd Hamid sebagai Jesse dan Sukania Venugopal (Thelma). 

Pat Gui
Pat Gui

Night, Mother bukanlah sekadar naskhah biasa-biasa. Ia karya yang berat dan panjang kerana berkisar perbualan di antara anak perempuan, Jessie dengan ibunya, Thelma pada suatu petang. 

Jesse yang juga seorang pengidap epilepsi yang menganggur, gagal dalam perkahwinan dan mempunyai seorang anak lelaki yang sangat bermasalah membuat pengakuan bahawa dia mahu membunuh diri dan menamatkan riwayatnya pada malam hari itu.

Bayangkan bagaimana reaksi seorang ibu seperti Thelma akan bertindak balas sebaik sahaja mendengar pengakuan Jesse yang tidak masuk akal itu? 

Bayangkan betapa remuk hati Thelma apabila Jesse menberitahu hasrat mahu membunuh diri kerana sudah penat dengan hidupnya dan keputusan itu dibuat sama sekali tanpa didorong sesiapa termasuk Thelma.  

Anitha memegang watak sebagai Jesse dan Sukania Vengopal menggalas tugas sebagai Thelma.
Anitha memegang watak sebagai Jesse dan Sukania Vengopal menggalas tugas sebagai Thelma.

Akhirnya dalam perbualan panjang itu, Jessie mendedahkan punca sebenar kegagalan rumah tangganya dan Thelma pula mengakui bahawa sejak dari kecil lagi, Jessie sudah mula menghidapi epilepsi aitu sejenis penyakit berkaitan gangguan sistem saraf pusat dan ia tidak pernah dirawat. 

Semakin lama mereka berbicara, semakin banyak perkara didedahkan dan semakin itu, Thelma menyedari bahawa dia sebetulnya tidak mengenali sikap dan keperibadian Jessie. 

Sebuah pementasan teater yang mengangkat naskhah cukup mencabar kerana pacingnya harus tepat, grafnya perlu dinamik, pelakonnya juga perlu bermain dengan watak dan pengucapan dialog yang konsisten. 

Atas sebab itu, pengambilan pelakon yang tepat bagi menjiwai dan menghidupkan watak, mampu memberi antara satu sama lain serta mempunyai keserasian yang baik di pentas memang sangat diperlukan. 

Keputusan Pat Gui memilih Anitha Abd Hamid untuk menterjemahkan watak Jesse dan Sukania Vengopal pula Thelma sangat tepat.  

Kedua-dua mereka bintang teater Inggeris tempatan yang hebat dan memiliki pengalaman luas dalam bidang ini. Malah, mereka juga sudah beberapa kali menjayakan pementasan teater yang sama. 

Sukania bijak bermain dengan emosi sepanjang persembahan.
Sukania bijak bermain dengan emosi sepanjang persembahan.

Biarpun berhadapan dengan sedikit kesulitan untuk mengingati beberapa dialog, Sukania masih mampu menutupi kesilapan-kesilapan itu dengan memberikan lakonan terbaik.

Dialog-dialognya bersama Anitha kelihatan begitu natural sekali dan membuatkan kita percaya mereka adalah ibu dan anak yang tinggal sebumbung.

Emosinya yang berbagai sewaktu berada dalam keadaan sedih, terkejut, tidak percaya, cuba memanipulasi si anak dan sikapnya yang seolah-olah seperti diserang histeria apabila Jessie benar-benar membunuh diri dipersembahkan dengan secukupnya. 

Sebagai Jessie pula, Anitha telah memberi persembahan yang begitu cemerlang. Dialognya disampaikan dengan begitu lancar dalam slanga Southern di Amerika Syarikat, bahkan cukup konsisten dari awal hingga akhir. 

Anitha menjiwai watak Jessie dengan cukup berkesan.
Anitha menjiwai watak Jessie dengan cukup berkesan.

Tidak seperti ibunya, emosi Jessie lebih terkawal dan dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk menamatkan riwayat hidupnya. Bahkan, dia berjaya menjawab segala pertanyaan ibunya dengan tenang. 

Apapun, menonton pementasan ini juga satu cabaran buat penonton kerana kita perlu mengikuti perbualan yang berat dan panjang anak dan ibu ini dari awal hingga akhir. 

Barangkali, tidak semua akan dapat menghargai naskhah teater seperti ini. Namun, buat  peminat teater tulen, Night, Mother  adalah suatu naskhah yang wajib ditonton. Tahniah buat Pat Gui, pelakon dan seluruh pasukan produksi pementasan teater ini. 
 

Gambar: PH7 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Seru Masyarakat Beri Tumpuan Tingkat Mutu Pendidikan 

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Teater ‘Cikgu Anda’ Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Bertemakan Sambutan Hari Guru 

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Pementasan Teater IQ.ROCK Kupas Isu Pendidikan Kawasan Pendalaman

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN