web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Australia Now Malaysia' Raikan Hubungan Kukuh Dua Negara

Acara 'Lights Up' dari 20 hingga 30 Januari akan menyaksikan bangunan Suruhanjaya Tinggi di Jalan Yap Kwan Seng, diterangi persembahan seni cahaya dari 7.30 malam hingga 11.30 malam setiap hari.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 8:35AM

Gambar: Twitter @AusHCMalaysia dan @wearefilamen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia memulakan tahun baharu dengan meraikan hubungan yang pelbagai dan kukuh antara Australia dan Malaysia melalui acara ‘Lights Up’ yang penuh gemilang.

Acara dari 20 Januari hingga 30 Januari akan menyaksikan bangunan Suruhanjaya Tinggi di Jalan Yap Kwan Seng di sini, diterangi persembahan seni cahaya dari 7.30 malam hingga 11.30 malam setiap hari dengan pameran karya seni digital termasuk imej ikonik Australia sebagai penghormatan dan meraikan Orang Asli Australia.

Bakal ditampilkan juga adalah reka bentuk yang dicipta oleh peserta Malaysia dan antarabangsa dalam pertandingan 'Isle of Design Projection Mapping', serta karya seni asli oleh pelajar sekolah rendah dari Sekolah Antarabangsa Australia di Malaysia.

Seni persembahan cahaya itu dihasilkan melalui kerjasama antara Mosster Studio di Australia dan Filamen di Malaysia. Pengunjung boleh merakam gambar seni cahaya dan menggunakan hashtag #LightsUpMY semasa kunjungan mereka. 'Lights Up' merupakan tarikan utama program Australia now Malaysia itu.

Timbalan Ketua Misi Australia ke Malaysia Hannah Birdsey berkata Suruhanjaya Tinggi juga akan mengadakan beberapa siri acara bersempena dengan Australia now Malaysia yang berlangsung hingga pertengahan 2022.

Australia now adalah program diplomasi utama kerajaan Australia, yang mempamerkan inovasi, kepelbagaian dan kecemerlangan kreatif terbaik Australia.

Dianjurkan setiap tahun, program ini bertujuan memperkukuh dan memperdalam hubungan dua hala serta membina persefahaman melangkaui landskap dan gaya hidup.

Australia now Malaysia yang dilancarkan secara digital pada Oktober 2021, bertujuan menggalakkan hubungan ekonomi, saintifik, pendidikan dan budaya antara kedua-dua negara.

“Bagi program di Malaysia, kami berjaya mengatasi beberapa cabaran penjadualan kerana COVID-19.  Ia waktu yang tepat kerana pada awal tahun 2021, Australia dan Malaysia menandatangani perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Jadi tahun ini, kami akan meraikan ulang tahun pertama pemeteraian itu, acara 'Lights Up' bertepatan dengan ulang tahun pertama untuk menunjukkan kekuatan, kepelbagaian dan meluasnya hubungan dengan Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Selain persembahan cahaya karya seni digital, Birdsey berkata satu lagi acara menarik yang dirancang untuk program Australia now Malaysia adalah pameran seni digital Orang Asli Australia dengan kerjasama Galeri Seni Negara pada Mac.

“Kami sangat menantikannya. Ia dipanggil 'Walking Through a Songline'. Orang ramai sebenarnya boleh berjalan sambil menelusuri karya seni yang ditayangkan. Ia pengalaman yang mengkagumkan,” katanya.

Beliau menambah bahawa acara lain yang dirancang termasuk forum dasar mengenai kesihatan mental, penglibatan dengan pemimpin muda dan usahawan dan dokumentari sains yang bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia dan Geosains Australia.

Birdsey menyebut siri TV masakan ‘Adam & Poh’s Malaysia in Australia’, menampilkan dua tukang masak Australia kelahiran Malaysia, Adam Liaw dan Poh Ling Yeoh, kini disiarkan oleh Asian Food Network (AFN).

“Jadi ia adalah program yang sangat pelbagai. Merangkumi sentuhan seni dan budaya. Ia turut menampilkan beberapa kerjasama sains dan teknologi yang berlaku antara Malaysia dan Australia yang menunjukkan kepelbagaian hubungan dua hala antara Australia dan Malaysia,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Malaysia-Poland Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Eksport Minyak Sawit Jadi Keutamaan

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Malaysia Pilih Tidak Sebelahi Barat Dalam Soal Hubungan Dengan Rusia – PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Adakan Pertemuan Dengan PM Singapura, Perkukuh Hubungan 2 Hala

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN