web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


12 Artis Tempatan Bantu Kumpul Dana Untuk TAFF

12 artis tempatan akan menampilkan karya mereka dalam bentuk token seni unik yang tak boleh ditukar ganti (NFT) untuk mengumpul dana buat Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 12 artis tempatan berbakat akan menampilkan karya agung mereka dalam bentuk token seni unik yang tak boleh ditukar ganti (NFT) untuk meningkatkan kesedaran sosial dan mengumpul dana untuk Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) melalui kempen Arts for ART (Teknologi Reproduktif Berbantu).

Pengurus Projek Crypto-Nate S.R. Baapu Shrreraj berkata kempen secara maya mengenai ketidaksuburan itu adalah projek amal yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar pascasiswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baapu Shrreraj berkata antara artis terlibat  ialah Sue Anna Joe, Vivian Ng, Arif Rafhan dan Amir Sabri sambil menyatakan bahawa masalah ketidaksuburan di Malaysia adalah topik yang tabu dan sensitif dalam kalangan masyarakat yang sering dielakkan daripada dibicarakan.

“Jadi apabila berbincang sesama ahli kami, dan kami meneliti sama ada topik ini pernah diketengahkan oleh mana-mana individu dan dari sinilah kami menemukan TAFF.

"Sebenarnya kami telah mencapai banyak kemajuan melalui sesi menghadap Raja Permaisuri (Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) minggu lepas, dan ia merupakan satu kejayaan yang besar. Kami sebenarnya telah menunjukkan kepada baginda mengenai kemajuan projek kami yang melibatkan beberapa siri aktiviti seni," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Menjelaskan lanjut, Baapu Shrreraj berkata projek itu sebenarnya menggabungkan penggunaan NFT yang membolehkan orang ramai memiliki aset seni digital dalam pelbagai bentuk seperti gambar, audio atau animasi.

"Jadi, di sinilah kami boleh mencetuskanya atau kami memanggilnya proses penempaan yang perlu melalui ciri blok rantai tertentu, dan anda akan memegang hak pemilikan terhadap seni itu," katanya.

Baapu Shrreraj berkata kesemua 12 NFT akan dilelong secara rasmi pada 29 Jan mulai pukul 1 tengah hari ingga 5 petang melalui platform media sosial Crypto-Nate, tetapi tempoh pra pembidaan bermula pada 23 Jan dan selanjutnya.

Lelongan secara  langsung boleh diikuti menerusi media sosial Crypto-Nate seperti Twitter (@NFT_cryptonate), Facebook (@cryptonatemy), Instagram (@cryptonate_my) dan LinkedIn (nftcryptonate).

Beliau juga berkata projek dengan kerjasama Pentas.IO ( pasaran NFT inklusif yang berusaha memperkasa pencipta kandungan warisan, budaya dan nilai tradisional melalui pemeliharaan aset secara digital) menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM100,000 daripada penjualan semua karya seni dengan bidaan minimum RM12,000 bagi setiap lukisan.

"Jadi pertamanya adalah jelas, apabila kita bercakap tentang pengumpul NFT, kita mempunyai pembida yang mahir mengenai NFT, Jadi mereka harusnya sudah mempunyai dompet crypto sekali gus akan membolehkan mereka membelinya.

"Sekarang, persoalanya, jika anda seorang pembida, dan anda ingin menyokong perjuangan kami dan anda menyukai tujuan itu tetapi anda tidak berada di dalam dunia crypto.

“Tiada masalah. Anda sentiasa boleh menghubungi kami kerana anda boleh menyalurkan dana anda ke dalam akaun UKM dan kami akan membantu anda melakukan transaksi ke dalam mata wang kripto dan kami akan mengendalikan urusan pembelian untuk anda," katanya. - Bernama

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara

2

TARA 3 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Cinta Dengan ‘Love Blooms’, Cenderahati NFT Pertama Di Dunia   

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Pos Malaysia Lancar Setem NFT Pertama Untuk Pengumpul

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN