web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Night, Mother’ Tonjol Pelbagai Isu Termasuk Kesihatan Mental

‘Night, Mother’ adalah pementasan drama teater pertama arahan Pat Gui dan ia bakal dibintangi dua pelakon teater berkaliber iaitu Sukania Venugopal dan Anitha Abd Hamid.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 8:41AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pementasan drama teater ‘Night, Mother’ cuba mengangkat isu mengenai masalah kesihatan mental yang ketika ini begitu kerap diperkatakan sering sering dialami rakyat Malaysia termasuk golongan remaja. 

Diterbitkan produksi PH7, ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang diarahkan Pat Gui ini bakal dipentaskan di PJPac, One Utama mulai 6 hingga 16 Januari 2022. 

Menariknya, ini adalah kali pementasan drama teater sulung Pat Gui sebagai pengarah walaupun sudah lama bergelumang dalam dunia teater selama 30 tahun dalam pengurusan pentas produksi sememangnya adalah kepakarannya. 

Pat Gui berkata, selepas bertahun-tahun menguasai pengurusan pentas produksi, kini adalah waktu yang tepat buatnya untuk duduk di kerusi pengarah.

“Saya memilih naskhah ‘Night, Mother’ untuk mengarah teater pertama saya ini kerana karya ini sangat kuat yang dan berpusat pada dua watak dalam karya tersebut.

“Tumpuan diberikan khususnya kepada dua karakter wanita ini dan bukannya pada kesan khas, set mewah mahupun busana.

“Ia akan membawa penonton melewati perjalanan yang penuh emosi dan kembali kepada asas membuat teater,” katanya. 

Sungguhpun teater ‘Night, Mother’ ini menyentuh tentang isu kesihatan mental, namun ia bukanlah subjek utama yang cuba ditonjolkan dalam pementasan drama teater yang dibintangi Sukania Venugopal dan Anitha Abd Hamid selama 11 hari berturut-turut ini. 

Sukania dan Anitha yang menjadi pilihan Pat Gui untuk menjayakan pementasan drama pertama arahannya ini bukanlah calang-calang pelakon. 

Kedua-dua pelakon wanita ini memang mempunyai pengalaman yang luas di dalam dunia teater. Produksi tempatan mahupun luar. 

Sukania misalnya, banyak menjayakan pementasan teater di Malaysia, Singapura dan Australia sama ada sebagai pelakon mahupun dalam produksi penerbitan. 

Bahkan, dia juga terlibat dengan projek TV dan filem termasuk Talentime bersama pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad.

Beliau pernah memenangi Best Supporting Role melalui lakonannnya dalam naskhah 'Ghost Writer' oleh The Necessary Stage di The Straits Times Life Theater Awards dan Best Supporting Role untuk 'Language Archive' dalam Anugerah Boh-Cameronian.

Manakala Anitha pula, mempunyai pengalaman dalam bidang radio, televisyen, filem pendek dan bebas, apatah lagi di pentas teater. 

Antara produksi teater yang dijayakannya adalah 'Scorpion Orchid', 'The Killing of Sister George', 'Ang Tau Mui', 'When They Dance 3', 'Silence, Please', 'Cinta Sang Arnab', 'Project Watermelon', 'Love Journey', 'Bare Becket' dan 'The Language Archive'.

'Night, Mother' memaparkan kisah dalam satu petang di ruang tamu dan dapur rumah terpencil yang dikongsi oleh Jessie dan ibunya yang sudah tua bernama Thelma.

Jessie, seorang pengidap epilepsi yang menganggur dan mengalami masalah perkahwinan yang gagal. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang sangat bermasalah.

Dia telah mengatur rumah itu dengan teliti dan membuat persiapan terperinci untuk hari-hari mendatang sambil menerangkan perubahan kepada Thelma, yang tidak semena-mena menyedari sesuatu yang luar biasa terhadap kelakuan anaknya.

Akhirnya Jessie bertanya di mana pistol arwah bapanya disimpan lalu Thelma memberitahunya. Hanya selepas Jessie mengambil pistol, Thelma mempersoalkan tingkah laku aneh Jessie.

Lebih menarik, dialog pementasan ini diucapkan dalam format asalnya dengan menggunakan loghat Amerika Selatan sepenuhnya oleh kedua-dua pelakon!

Tiket untuk teater itu kini dijual di www.onetix.com.my pada harga RM95 (tidak termasuk yuran tiket). - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Seru Masyarakat Beri Tumpuan Tingkat Mutu Pendidikan 

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Teater ‘Cikgu Anda’ Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Bertemakan Sambutan Hari Guru 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Lah Ahmad Masih Berbisa, Tiket Konsert Sempena 25 Tahun Dalam Industri ‘Sold Out’ Dalam Masa Sehari

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN