Berita Terkini

22 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Komuniti Malaysia Sumbang RM24,800 Kepada Tabung COVID-19 Brunei

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 9:25PM

Komuniti Malaysia menyampaikan sumbangan kepada Tabung COVID-19 Relief Fund, sebagai usaha menyokong inisiatif kerajaan Brunei dalam mendepani gelombang kedua COVID-19. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Komuniti Malaysia di Brunei menyumbang RM24,800 (B$8,000) kepada Tabung COVID-19 Relief Fund sebagai usaha menyokong inisiatif kerajaan Brunei mendepani cabaran gelombang kedua COVID-19.

Sumbangan tersebut diserahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Brunei Maswadi Mohsin pada Isnin. 

“Bantuan ini adalah inisiatif Suruhanjaya Tinggi Malaysia bersama Persatuan Warganegara (PWM) Malaysia di Brunei,” menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini. 

Ini merupakan sumbangan kedua komuniti Malaysia kepada tabung tersebut. Sebelum ini, mereka telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM31,000 (BND10,000).

Pada masa kini dianggarkan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia menetap, bekerja dan belajar di Brunei.

Menurut kenyataan itu, sumbangan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat ketujuh anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia sejak gelombang kedua COVID-19 melanda Brunei pada 7 Ogos 2021.

Antara program lain yang telah dianjurkan termasuk sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di hospital dan pusat kuarantin COVID-19 di seluruh negara.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut menyumbangkan bakul makanan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19 melalui konsep pandu lalu dan menganjurkan Program Derma Darah Bersama Komuniti Malaysia bagi menyahut seruan Pusat Pendermaan Darah, Brunei yang sedang mengalami kekurangan bekalan. 

Setakat hari ini jumlah kes COVID-19 di Brunei adalah sebanyak 14,269 kes. - Bernama

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 13 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Liek Hou Gondol 2 Emas Di Sepanyol

Semasa 1 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza