Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Serah Watikah Pelantikan Kepada Sultan Brunei

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 8:50PM

Raja Reza Raja Zaib Shah hari ini menyerahkan watikah pelantikannya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan dalam satu istiadat rasmi, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah hari ini menyerahkan watikah pelantikannya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dalam satu istiadat rasmi. 

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, semasa pertemuan bersama Sultan Brunei selepas penyerahan watikah itu, Raja Reza telah menyatakan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam mengukuhkan kerjasama kedua-dua buah negara.

Ia termasuk dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama, merangkumi hubungan dua hala, perdagangan, pelaburan, pertahanan dan pendidikan.

Raja Reza merupakan antara empat ketua perwakilan yang menyerahkan watikah pelantikan mereka kepada baginda Sultan hari ini.

Mereka yang lain adalah Duta Turki ke Brunei, Duta Korea Selatan ke Brunei dan Duta Timur Leste ke Brunei.  

Raja Reza telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1996 dan berkhidmat di Kementerian Luar Negeri sejak 1997.

Sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei yang ke-16, beliau merupakan Duta Malaysia ke Ukraine.

Malaysia mempunyai hubungan akrab dan istimewa dengan Brunei dengan hubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara terjalin secara rasmi pada 1984.

Pada 2020, nilai dagangan Malaysia-Brunei adalah bernilai RM 4.7 billion. Malaysia merupakan rakan dagang keempat terbesar Brunei pada tahun lalu. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran