Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID: Brunei Rekod 126 Kes Baharu, Keseluruhan 3,219 Kes

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:10PM

Dr Md Isham Jaafar - Gambar borneobulletin.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei hari ini merekodkan dua kematian pesakit COVID-19, iaitu seorang lelaki berusia 50 tahun dan warga emas berusia 76 tahun.

Menteri Kesihatannya, Datuk Seri Setia Dr Md Isham Jaafar memaklumkan perkara berkenaan pada sidang media hari ini.

Sementara 126 kes baharu COVID-19 telah dikenalpasti, menjadikan keseluruhan kes di Brunei adalah 3,219, lapor Borneo Bulletin.

Satu kluster telah dikesan, menjadikan keseluruhan kluster aktif adalah 50. Kluster baru itu dikesan susulan operasi “Swap Sweep” yang dijalankan di Mumong, pada 2 September lalu.

Operasi itu dijalankan selepas beberapa kes dikesan di kawasan itu. Kes itu kini dikenali sebagai kluster Derma Wangsa.

Selain itu, kes yang aktif adalah mereka yang telah dikuarantin dan dikesan mempunyai kontak dengan beberapa kes yang telah disahkan.

Manakala 68 kes masih dalam siasatan untuk menentukan sumber jangkitan.

Dalam pada itu, Brunei merekodkan 171 kes sembuh, termasuk 63 kes yang positif dari kategori 1.

Antara kes yang aktif itu, lapan adalah kritikal manakala tujuh lagi memerlukan mesin ventilation. Satu kes lain memerlukan bantuan mesin sokongan jantung/paru-paru. - Borneo Bulletin

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk