Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dakwa DKD FINAS Diseleweng, Mohd Asri Buat Laporan Polis, SPRM

Kedua-dua laporan yang dibuat Mohd Asri itu berdasarkan Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) berserta Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (FINAS) mengikut Seksyen 12. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 7:54AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketelusan Perbadanan Filem Nasional Berhad (FINAS) mengagihkan Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah kategori Dana Filem Cereka membabitkan nilai RM40,550,000 kepada 60 syarikat produksi masih lagi menjadi tanda tanya sebahagian penggiat industri perfileman. 

Sehubungan itu pengarah TV dan penulis skrip, Mohd Asri Alias telah membuat laporan polis pada 20 Ogos lalu, disusuli dengan laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) Jumaat lalu mengenai dakwaan berlaku penyelewengan yang dikatakan berlaku pengagihan Dana Filem Cereka DKD  tersebut. 

Kedua-dua laporan yang dibuat Asri itu berdasarkan rujukan dan penelitian melalui Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) berserta Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (FINAS) mengikut Seksyen 12. 

Sebelum ini, Mohd Asri pernah membangkitkan isu mengenai ketelusan pengagihan DKD ini apabila sebuah syarikat produksi iaitu Alfanazra Productions Sdb Bhd yang berjaya menjadi salah satu penerima Dana Filem Cereka  didakwa dimiliki adik-beradik kepada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Nadzri. 

“Menerusi kenyataan yang saya buat di media sosial dan beberapa pihak media sebelum ini, penerbit Kuasatek Pictures Sdn Bhd melalui kenyataannya di laman Facebook bertarikh 6 Julai 2021 telah mencabar saya.

“Petikannya berbunyi: 'Kalau yakin sangat dengan persepsi kamu tentang salah guna kuasa, buatlah laporan Polis dan SPRM agar siasatan dapat dijalankan. Janganlah nak buat perbicaraan di media cetak dan media sosial tanpa menamakan orangnya, ini sikap seorang pengecut.’

“Bertitik tolak daripada cabaran itu, saya telah berusaha mengumpulkan beberapa bahan bukti sebelum membuat laporan kepada polis dan SPRM, disusuli sidang media secara maya ini,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Mohd Asri lagi, dia yakin wujudnya penyelewengan di dalam pengagihan DKD itu apabila akhbar Harian Metro menyiarkan laporan bertajuk ‘Tiada Ketirisan dan Pilih Kasih - FINAS’ yang bertarikh 29 Jun 2021. 

“Saya juga memegang kenyataan FINAS bahawa ‘Penilaian adalah telus, mengikut merit tanpa pilih kasih atau kronisme'. Namun, apabila disemak, didapati wujudnya konflik berkepentingan ke atas syarikat Alfanazra Productions Sdn Bhd dan melalui semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua Pengarah Syarikat Alfanazra Productions Sdn Bhd iaitu Ahmad Sabri Ahmad Nadzri dan Ahmad Khalid Ahmad Nadzri adalah adik-beradik kepada Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Atas dasar ini saya menyangkal kenyataan Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid melalui petikan Portal Berita Bebasnews bertajuk ‘FINAS Telus Dalam Isu DKD - Zakaria’ bahawa selepas FINAS diterajui pasukan baharu ketetapan telah dibuat yang mana pemohon yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli perbadanan tidak layak memohon DKD. Itulah yang kami lakukan demi memastikan proses pemilihan telus dan adil.

“Penyangkalan ini saya buat kerana borang permohonan Dana Kandungan Digital melalui ‘Perkara 1.10 Pernyataan Kepentingan DKD sendiri telah mensyaratkan untuk pemohon mengisi hubungan pemohon dengan pengarah atau pekerja FINAS’.

“Untuk makluman, setelah disemak, CEO FINAS telah dilantik buat kali pertama pada 11 Mac 2019 sehingga 10 Mei 2020 tetapi memohon memendekkan tempoh jawatan ke tarikh 10 Mac 2020 iaitu kurang tiga bulan untuk dilantik semula buat kali kedua. Perlantikan kali kedua adalah berkuatkuasa pada tarikh 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022. 

“Menyedari ada penyelewengan terhadap pengumuman Dana Kandungan Digital (DKD) 2021 yang diumumkan pada 29 Jun 2021, saya menyemak pula satu pengumuman dana bertarikh 28 Julai 2020 melalui Dana Pelaksana Fasa 1. 

“Menurut laporan beberapa akhbar tempatan dan kenyataan media FINAS melalui Dana Pelaksana Fasa 1 yang diumumkan pada 24 November 2020 dengan jumlah dana bernilai RM13,381,000 kepada 99 syarikat, saya dapati ada dua syarikat merupakan sekutu milik dua ahli perbadanan.

“Kedua-dua syarikat tersebut adalah Red Communications Sdn Bhd milik Lina Tan Suan Jeu serta Veedu Production Sdn Bhd milik Denes Kumar Ragupathy. Kedua-dua mereka adalah Ahli Perbadanan FINAS. 

“Untuk makluman, Pengerusi FINAS serta semua Ahli Perbadanan termasuk kedua-dua ahli perbadanan ini telah dilantik menjadi Ahli Perbadanan Finas pada 23 Mei 2020. 

“Saya membuat kenyataan media ini dan laporan kepada pihak Polis dan SPRM bagi melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemain industri kreatif dan jugarakyat Malaysia yang sayangkan negara tercinta ini.

“Juga kerana memikirkan bahawa wang DKD ini adalah duit rakyat dan kita tidak mahu wujudnya penyelewengan terhadap hal-hal yang melibatkan duit rakyat,” katanya. 

Jelas Mohd Asri lagi, dia berharap pihak FINAS akan lebih bersikap telus terhadap soal pengagihan DKD kepada syarikat-syarikat produksi yang terpilih. 

“FINAS perlu menyatakan secara terperinci  tentang senarai penerima, butiran tentang projek filem mereka dan jumlah dana yang diterima. 

“Bagi pemohon yang gagal menerima dana ini, harus nyatakan apakah sebabnya mereka tidak layak. 

“Saya sendiri walaupun sudah berkali-kali mencuba masih gagal terima dana, tetap tidak putus asa untuk memohon. 

“Cuma kita tertanya-tanya, bagaimanakah cara pemilihan syarikat yang berjaya menerima dana ini dibuat kerana ada yang terpaksa tunggu dua minggu untuk dipanggil pitching.  Ada pula yang diberi notis singkat. Banyak yang tidak selaras,” katanya lagi. - Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'